REMAJA PRIHATIN DAN IKHLAS DARI PERANCIS....
DISAAT PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DITEKAN DENGAN PELBAGAI SOALAN ,DESAKAN DAN SPEKULASI TENTANG MH370,remaja ini memberi semangat kepadanya....
KUALA LUMPUR 1 April - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein berharap beliau dapat bertemu dengan remaja
berusia 15 tahun, Victor Lopez, yang menulis surat kepadanya dari
Perancis.
Beliau dalam tweetnya berkata: Takkan lah saya (tidak menjawab
surat itu), harap dapat jumpanya satu hari nanti." Hishammuddin, yang
juga Menteri Pertahanan, menerima surat daripada Lopez pada 14 Mac yang
menyatakan kekagumannya terhadap personaliti dan tindakan Hishammuddin
dalam meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia
Airlines (MAS) MH307.
Lopez di dalam suratnya bertarikh 8 Mac, juga meminta agar
Hishammuddin menurunkan tandatangannya pada kad kecil yang disertakan
bersama-sama surat itu sebagai kenang-kenangan.
Surat itu berbunyi: Ke hadapan Encik Hishammuddin Hussein, saya
berumur 15 tahun dan saya amat mengagumi Malaysia. Saya menulis surat
kepada anda untuk menzahirkan kekaguman saya terhadap personaliti anda
dan tindakan anda.
"Saya pasti berasa amat gembira sekiranya anda sudi menurunkan
tandatangan anda pada kad kecil yang saya hantar kepada anda. Saya
ucapkan terima kasih, Yang ikhlas, Victor Lopez."
Hishammuddin semalam membalas surat itu dan menyatakan bahawa
ingatan dan kata-kata semangat daripada individu seperti Lopez
memberikannya kekuatan untuk meneruskan operasi mencari pesawat yang
hilang itu.
"Ke hadapan Victor, saya harap ini akan sampai kepada anda dengan
selamat. Terima kasih kerana menulis kepada saya dari Paris. Ingatan dan
kata-kata semangat daripada individu seperti anda memberikan kekuatan
kepada saya untuk terus menerajui usaha mencari MH370.
"Terima kasih sekali lagi kepada anda dan diharapkan anda dapat
melawat Malaysia Truly Asia sekiranya ada peluang. Belajar
rajin-rajin!," demikian isi kandungan surat itu.
Tidak cukup dengan kata-kata yang bertaip rapi di dalam surat rasmi
itu, Hishammuddin turut menitipkan kata-kata dengan tulisan tangannya
iaitu: Surat anda benar-benar menyentuh hati saya. Akan paparkan
dalam Twitter, @HishammuddinH20." - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan