Isnin, 23 Disember 2013

Ahad, 22 Disember 2013

Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Perkasa memikirkan mengapa ada sekelompak orang Melayu yang tidak memahami perjuangan mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013. 


Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Perkasa memikirkan mengapa ada sekelompak orang Melayu yang tidak memahami perjuangan mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Disember, 2013.

Perkasa mesti memikirkan mengapa perjuangan mereka turut ditolak termasuk dari kaum Melayu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semasa memberikan ucapan perasmian perhimpunan kumpulan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut bekas menteri kewangan yang dijemput sebagai tetamu kehormat hari ini, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia walaupun mempunyai niat baik.
“Perkasa dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu yang seharusnya merupakan masyarakat  yang dibela oleh Perkasa.
“Lebih parah, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia,” kata Razaleigh semasa merasmikan  persidangan agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li, walaupun sesetangah pihak memandang Perkasa dengan negatif, masih terdapat yang meletakkan pertubuhan tersebut di kedudukan tinggi.
“Inilah persepsi yang cukup negatif dan mudah-mudahan ianya hanya dari perspektif golongan yang ekstrim, berkepentingan atau bias (berat sebelah).”Razaleigh turut menasihatkan anggota-anggota Perkasa agar menjaga disiplin dan melihat sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan tidak bertindak
 mengikut emosi dan sentimen agar pertubuhan itu dihormati.
 
 alt  

KEPIMPINAN PERKASA SEDIA PERTAHAN BANGSA MELAYU...Ibrahim Ali jawab isu 'APA LAGI MELAYU MAHU oleh MCA

KUALA LUMPUR 22 Dis - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini menjawab pimpinan MCA mengenai isu 'Apa Lagi Melayu Mahu?' dengan menjelaskan bahawa orang melayu tidak mahu mana-mana pihak mengganggu-gugat asas perlembagaan di samping tidak menyentuh dan memperlekehkan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, orang Melayu tidak mahu institusi raja-raja Melayu diperkotak katikkan serta mencapai ekonomi yang lebih maju dari kalangan bumiputera.

"Terus terang saya mengatakan dengan pemimpin negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan  mempertahankan kesucian Islam dan kedudukan kita bangsa Melayu, tetapi telan mati mak luar mati bapak." katanya ketika berucap dalam pada Persidangan Agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam di sini hari ini.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pada itu, Ibrahim Ali juga mengisytiharkan bahawa pertubuhan itu bukan alat kepada UMNO apatah lagi bertindak sebagai barua parti tersebut.

Katanya, Perkasa hanya menyokong UMNO kerana sayang kepada bangsa Melayu dan tidak percaya kepada "Kita beri sokongan bukan kita jadi perkakas kepada UMNO, kita bukan menjadi alat kepada UMNO dan jauh sekali hendak mejadi barua kepada mana-mana pemimpin.

"Kita sokong kerana kita sayang kepada bangsa kita, kita tidak percaya walupun wujud satu barisan alternatif parti yang mendakwa untuk mengambil alih kerajaan," ujarnya.

Tegas Ibrahim, sekiranya Umno gagal untuk memperkasakan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.

"Tetapi kalau sudah tidak bertaring, kalau lesu dan lemah, Perkasa boleh menjadi pengganti untuk mempertahankan agama dan bangsa." katanya.

KOMEN Udanggalah... Sebagai orang Melayu kita jangan hanya berharap satu pihak mempertahankan hak kita...SEMUA MESTI BANGKIT menunjukkan kesatuan kita supaya orang lain faham hak kita/gentar dengan kesepaduan yang kita miliki...
 

Rabu, 11 Disember 2013

Bajet 2014 perkukuh ekonomi negara dan jamin kemandirian domestik - Najib BUDGET 2014 PERKUKUH EKONOMI NEGARA DAN JAMIN KEMANDIRIAN DOMESTIK  -  DS NAJIB

 Kita berharap bajet ini akan dilaksanakan berdasarkan objektif untuk membangunkan ekonomi, menentukan pertumbuhan yang memuaskan dan memperkukuhkan domestic resilient (kemandirian domestik)," kata beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Langkah Bajet 2014 bersama Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan di sini hari ini.


Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan SriKhalid Abu Bakar dan menteri-menteri kabinet turut hadir.

Najib mahu kementerian mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pelaksanaan bajet dapat dijalankan secara berkesan dan memenuhi objektifnya.

Beliau menyaran agar kementerian dan agensi bekerjasama dalam melaksanakan projek dan program supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh melambatkan pelaksanaannya.
Pada 25 Oktober lepas, Najib membentangkan Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". - BERNAMA
Lima bukti kegiatan Syiah pemimpin PAS
Kuala Lumpur: Sekurang-kurang lima bukti kukuh akan dikemukakan bagi membuktikan kegiatan serta kecenderungan seorang pemimpin kanan PAS terhadap fahaman Syiah di negara ini.

Menurut sumber, segala bukti itu sudah lama dikumpul pihak berkuasa yang sememangnya sudah sekian lama menyedari kegiatan pemimpin PAS terbabit yang mengamalkan fahaman bertentangan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. ..sumber BH

KOMEN: Semua pihak perlu bersatu membenteras fahaman Syiah yg semakin menular di negara kita,tak kira penganut nya kawan atau musuih kita sama saja tindakan yg perlu di ambil.Tindakan segera perlu dibuat supaya fahaman in tidak merebak dan menguasai masyarakat Muslim secara lebih besar......
SYABAS YB MENTERI.....

Pergerakan Pemuda Umno memuji keprihatinan Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang berkorban dan menumpukan sepenuh masa membantu mangsa banjir di Terengganu.

Naib ketua pergerakan itu Khairul Azwan Harun berkata kedua-dua pemimpin sanggup tidak hadir ke Persidangan Agung Umno 2013 semata-mata untuk menumpukan masa dan tenaga membantu mangsa banjir di negeri ini.

"Mereka sanggup turun membantu mangsa banjir, dan sifat itu seharusnya dijadikan contoh buat pemuda untuk turut membantu mangsa banjir.
"Malah Ketua Pemuda Umno Terengganu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman serta Dungun turut bergegas pulang awal untuk turun bantu mangsa banjir yang terlibat," katanya kepada pemberita bersempena program Bantuan Penyerahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Balai Besar hari ini.

Beliau turut menyifatkan spekulasi berkaitan kelewatan bantuan dan mangsa tidak mendapat perhatian pihak kerajaan sebagai tidak benar.

Sempena program itu, Pemuda Umno Malaysia melalui biro Kesatria Muda menggerakkan 200 sukarelawan Ops Banjir di Dungun dan 300 di Kemaman yang membawa sumbangan berbentuk selimut, tuala, barangan peribadi serta makanan untuk diagih kepada mangsa banjir.

"Sukarelawan yang terdiri daripada rakan pemuda Umno bahagian serta badan bukan kerajaan di Dungun juga sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua.

Khairul Azwan berkata sukarelawan Ops Banjir di bawah Kesatria Muda, yang turut ditubuhkan di Johor, Pahang dan Kelantan, turut membantu mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing membersihkan kediaman mereka.

"Esok Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga akan turun ke Kuantan," katanya. - Bernama

Rabu, 4 Disember 2013

Itu yg peliknya bila orang yg berilmu agama boleh menggelar orang lain dgn pangilan dan gelaran yg begitu hina...aku tak FAHAM...!

Selasa, 3 Disember 2013

Kerajaan pandang serius lindungi hak asasi rakyat - Hamzah

2013/12/03

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius tanggungjawabnya untuk melindungi hak asasi semua rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, kesungguhan kerajaan dalam melindungi hak asasi manusia
tidak boleh dinilai hanya melalui penyertaan negara ke instrumen hak
asasi manusia di peringkat antarabangsa.

"Malaysia mengambil maklum kesemua hak tersebut dan perkara ini jelas
termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia yang menggariskan kesemua
hak itu dan juga tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh semua pihak
dalam melaksana ataupun menikmati hak tersebut," katanya.

Hamzah berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta ulasan mengenai International Covenant on
Civil and Political Rights (ICCPR) pada sesi soal jawab di Dewan
Rakyat ini.

Katanya, sebelum Malaysia boleh menyertai mana-mana instrumen antarabangsa
termasuk ICCPR, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan semua peruntukan instrumen berkenaan boleh dilaksanakan melalui rangka perundangan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Isnin, 2 Disember 2013

TRAFORMASI UMNO MENURUT PM..

KUALA LUMPUR, 2 Dis  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi dalam UMNO perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan yang dikecapi UMNO selama ini bukan jaminan bagi kejayaan akan datang, lebih-lebih lagi susulan perubahan yang berlaku dalam landskap politik tanah air, disulami perubahan demografik dan teknologi selain peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia.
“Untuk kekal relevan, UMNO mesti sanggup lakukan transformasi yang mencerminkan ia merupakan parti yang mampu menjamin masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan parti yang ditubuhkan pada 1946 itu perlu meningkatkan usaha melatih pemimpin di semua peringkat yang faham dengan apa yang perlu dilakukan demi survival parti dan perjuangannya.
Najib berkata demikian dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.
“Kita tak boleh lagi terima anggota UMNO tanpa kita tarbiah atau didik mereka melalui kursus tertentu, bentuk minda mereka untuk berfikir…dalam konteks persekitaran baharu, politik baharu, bukan lagi politik lama,” kata Najib.
Beliau memberi peringatan bahawa anggota UMNO yang tidak faham politik baharu bakal ditolak rakyat.
“Sebab itu UMNO kena sesuaikan diri, (termasuk) sediakan pemimpin-pemimpin yang menghayati politik baharu,” jelasnya dalam wawancara khas 40 minit yang antara lain mengupas soal cabaran, harapan dan hala tuju UMNO selepas pilihan raya umum ke-13 pada Mei dan pemilihan parti pada Oktober lepas.
Menurut Najib, sebahagian daripada proses transformasi dalam parti sudah berjaya manakala sebahagian lagi belum tiba ke penghujungnya.
Dalam pada itu, perdana menteri berkata ada keperluan untuk UMNO membuka pintu lebih luas kepada golongan profesional kerana ia difikirkan mampu member kekuatan kepada kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan.
Mengulas pandangannya itu, Najib berkata ketua cawangan yang terdiri daripada golongan profesional biasanya mempunyai pengaruh lebih besar terutama di kawasan bandar.
Menurutnya, penyertaan golongan profesional di semua peringkat dilihat mampu mempengaruhi masyarakat setempat dalam usaha menarik sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional, termasuk di kawasan bandar.
“Untuk itu, kita mesti ada program untuk memperbanyak kemasukan golongan profesional dan Generasi Y terutama di kawasan bandar.
“Kekuatan kita masih di luar bandar, namun kekuatan (UMNO) di bandar perlu ditambah lagi,” jelas Najib.

JAWA BERNAM: USTAZ KAZIM ELIAS ISYTIHAR KELUAR PARTI PAS!!!

 USTAZ KAZIM ELIAS ISYTIHAR KELUAR PARTI PAS!!!:

 SEBENARNYA berita yang tidak mengejutkan apabila Ustaz Kazim sendiri mengisytiharkan keluar dari PAS petang tadi selepas bertemu dengan PM...Yang terkejutnya adalah Puak PAS kerana UKE terpilih sebagai MT UMNO..Ianya bakal mencorakkan dimensi baru kpd peranan ulama dalam UMNO untuk menegur dan membetulkan perjalanan parti itu dimana ada kesilapan hukum dsbnya....