BUDGET 2014 PERKUKUH EKONOMI NEGARA DAN JAMIN KEMANDIRIAN DOMESTIK - DS NAJIB
Kita berharap bajet ini
akan dilaksanakan berdasarkan objektif untuk membangunkan ekonomi,
menentukan pertumbuhan yang memuaskan dan memperkukuhkan domestic
resilient (kemandirian domestik)," kata beliau ketika mempengerusikan
Mesyuarat Pelaksanaan Langkah Bajet 2014 bersama Jemaah Menteri dan
Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan SriKhalid Abu Bakar dan menteri-menteri kabinet turut hadir.
Najib mahu kementerian mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pelaksanaan bajet dapat dijalankan secara berkesan dan memenuhi objektifnya.
Beliau menyaran agar kementerian dan agensi bekerjasama dalam melaksanakan projek dan program supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh melambatkan pelaksanaannya.
Pada 25 Oktober lepas, Najib membentangkan Bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan