Selasa, 19 April 2011

TRIO DATUK T BAKAL DIDAKWA?

 TRIO DATUK T Tak perlu gentar jika mereka didakwa...kerana dengan cara ini kebenaran akan terserlah.Bila mereka dibicarakan segalanya akan terjawab.Mereka akan didakwa mengedarkan video itu...NAMUN FOKUSNYA BUKAN SIAPA YG MENGEDAR TAPI SIAPA PELAKU DALAM VIDEO ITU?....

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi......

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib Lazim salah seorang trio Datuk T......
 
Siasatan rakaman video aksi seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah.

"Ketiga-tiga “Datuk T” dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelakunya, dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan hubungan dengan seorang wanita dipercayai asing."


'Emmm Bila Nak Dakwa mereka Bertiga? Kami semua memang menantikan bahawa ketiga tiga mereka di dakwa dalam isu Video Seks ini. Bukan kerana apa tapi apabila mereka bertiga di dakwa maka lebih senanglah rakyat Malaysia melihat Kebenaran yang akan keluar semasa mereka di bicarakan kelak.

Sudah pasti dalam pembelaan mereka bertiga Video Seks yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan Keluar maka Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikannya....sedutan dari blog PAPA GOMO..'


Emmmm..Aku pun lihat begitu..Trio Datuk T bukan nak fitnah sesiapa,mereka nak tunjukkan kebenaran supaya rakyat tak tertipu.Jika mereka terpaksa didakwa dan memberi keterangan mereka adalah pejuang sebenar demi kelangsungan penjelasan terhadap ISU SEBENAR.......

Sabtu, 2 April 2011

Pasti Laris Jika Di Pasarkan....

TULEN   Bukan Cetak Rompak...Itulah yang dikhabarkan mengenai video sek yang ramai telah pun maklum.Nampaknya jumlah kehadiran 10,000 orang semasa PAS buat solat hajat atas dasar nak mengetahui tentang cerita video sek yg hangat itu bukan jaminan memberi sokongan kepada yg terlibat...MALAH mereka yg hadir kerana ingin tahu cerita lanjut tentang video itu....

KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

SELAMA  ini ternyata pengikut dan penyokong PAS yg memberi komitmen terhadap ceramah dan majlis penerangan anjuran pembangkang...orang PKR tah mana-mana.Semakin longgar pakatan mereka.Pasal tu lah orang PAS mula bengang dan curiga dengan PKR,kerana yg berjuang selama ini mereka sedangkan PKR semakin hanyut dengan pelbagai masalah dan kontroversi...


MAKA puak PAS kenalah fikir-fikirkan..APAKAH mereka masih perlu berkawan dengan parti yg merosakkan dan membawa mereka terpalit dengan pelbagai ONAK dan DURI menjelang PRU 13.....