Khamis, 29 Mac 2012

APA PULA HELAH ANWAR KALI INI...?

Mahkamah diberitahu Anwar enggan terima serahan sapina

29 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sapina yang hendak diserahkan kepadanya di Bangunan Parlimen petang semalam.

Peguam D.Paramalingam berkata beliau akan cuba sekali lagi menyerahkan sapina itu kepada Anwar dan sekiranya gagal juga beliau akan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Anwar hadir di mahkamah.


Anwar disapina supaya memberi keterangan sebagai saksi kepada defendan dalam perbicaraan bagi tindakan saman berhubung kemudahan pinjaman tersindiket bernilai RM445 juta pada tahun 1997, yang ketika itu beliau menjadi Menteri Kewangan.


Pengerusi Hong Leong Bank Berhad (HLFB), Tan Sri Quek Leng Chan juga disapina untuk menjadi saksi kepada defendan. Defendan dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan, Low Thiam Hoe.


Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail menetapkan 6 April sebagai tarikh mendengar permohonan Quek untuk mengenepikan sapina terhadapnya.


Dalam tahun 1998, HLFB mengemukakan saman terhadap Low kerana kegagalannya membayar balik pinjaman bernilai RM28 juta yang diperolehinya daripada bank itu.


Pada 1999, Low mengemukakan saman balas terhadap HLFB, HLG Capital Markets Sdn Bhd dan Seow Lun Hoo, bekas ketua pegawai eksekutif Hong Leong Credit Berhad, dengan menuntut ganti rugi am di atas nasihat salah dan cuai yang diberikan kepadanya.


Dalam prosiding hari ini, Low memberi keterangan bahawa pada Mac 1997, dua individu bernama Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah, kedua-duanya daripada sebuah syarikat, Arus Murni Sdn Bhd memberitahunya yang mereka bertindak sebagai orang utama bagi pihak Anwar dan Queck.


Low berkata Hamzah dan Mohd Faiz memberitahunya tentang urusan untuk membeli sebuah institusi kewangan, Kewangan Bersatu Berhad (KBB).


"Dengan lain perkataan, saya dan dua lagi individu itu akan menjadi penama bagi pihak utama dalam urusan berkenaan. Berdasarkan gambaran tersebut, saya bersetuju menjadi salah seorang penama bagi transaksi pinjaman tersendiket tersebut," katanya.


Apabila disoal oleh peguam Paramalingam siapakah Mohd Faiz Abdullah, Low berkata beliau adalah penulis ucapan bagi Anwar.


Apabila disoal lagi oleh Paramlingam siapkah individu-individu lain dan syarikat yang menjadi penama, Low memberitahu mereka ialah Arus Murni Sdn Bhd, Hood Osman, Nik Hussain Nik Mohamed dan Mekuritek Sdn Bhd, dan daripada apa yang beliau tahu, mereka semua adalah kroni kepada Anwar.


Beliau berkata beliau tidak memohon untuk pinjaman itu kerana semuanya diuruskan oleh wakil daripada Hong Leong bernama Seow Lun Hoo.


Low memberitahu mahkamah yang beliau diberitahu oleh Seow bahawa Quek telah mengarahkan supaya pinjaman itu diluluskan.


Low berkata pinjaman tersindiket itu juga diberi kepada penama-penama yang lain bagi memenuhi sasaran plaintif (HLFB) sebanyak RM445 juta untuk pembelian KBB.

  
Semasa disoal balas oleh peguambela Andrew Chiew, yang mewakili HLFB, Low menafikan yang beliau membuat tuduhan terhadap Anwar dan Quek mengenai urusan membeli KKB.

Ketika disoal lebih lanjut oleh Andrew, Low berkata beliau tidak menyemak balik fakta daripada Anwar dan Quek mengenai urusan yang dijalankan oleh Hamzah dan Mohd Faiz itu kerana mempercayai apa yang diberitahu kepadanya oleh kedua-dua individu berkenaan.


Perbicaraan disambung pada 12 April. - Bernama

Selasa, 27 Mac 2012

HASSAN ALI EGEN PENYUBUR FITNAH UMNO?

Azmin dakwa Hassan Ali bersekongkol dengan UMNO menfitnahnya...Memang sejak awal lagi Pakatan Pembangkang mengaitkan Hassan Ali berduet dengan UMNO sejak siri ceramah dan gerakannya diseluruh negara....sedangkan sepanjang ceramah atau sidang DUN Hasan Ali tidak pernah mengaitkan UNMO dalam segala isu sejak PAS memecatnya....

“Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah,” kata Azmin

“Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya,” katanya..lagi..

UMUM Telah teramat maklum begitulah sikap pemimpin PKR dan Pembangkang...segala yg terpalit keatas mereka tuduhannya adalah fitnah UMNO dan Barisan Nasional..sedangkan mereka digambarkan begitu maksum tanpa kesalahan yang dibuat sendiri.BILA Sesuatu berlaku ianya adalah fitnah UMNO.APAKAH UMNO ini tak de kerja lain selain mencipta fitnah..
Apakah Azmin tidak sedar TUDUHANNYA Hasan Ali bersekongkol dengan UMNO juga merupakan fitnah..!

APA YANG KITA LIHAT DATO' NAJIB dan kepimpinan BN SEDANG BERUSAHA MEMBANGUNKAN NEGARA DAN MEMBELA RAKYAT..Tiada masa  nak mencipta fitnah-fitnah..... dan bersekongkol dengan sesiapa untuk memfitnah orang lain...

Khamis, 22 Mac 2012

PM sangat prihatin Isu Lynas

Kilang Lynas dilarang beroperasi andai ianya mudarat.. Itu janji PM jika ia dibuktikan benar-benar memberi impak kepada kesihatan penduduk....

PETALING JAYA, 22 Mac – Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ianya memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
“Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.
“Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya dalam temubual dengan stesen radio 988 FM hari ini.
Beliau ditemubual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dalam program 988 Street VIP selama satu jam.
Najib berkata dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.
“Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.
“Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan,” katanya.

APAKAH isu alam sekitar telah jadi isu politik?.Hanya Fuziah Saleh yang lebih maklum...
Kalau betul-betul berhasrat menjaga kepentingan kesihatan penduduk maka tidak timbul kepayahan untuk isu ini dibincangkan secara berhemah....

MAHASISWA YAKIN DENGAN KEPIMPINAN DATO' SERI NAJIB.


Ribuan Mahasiswa Hadir tanda sokongan terhadap PM..KALAU MEREKA TAK SUKA MEREKA TAK HADIR..KALAU MEREKA TAK SOKONG PASTI MEREKA TAK DATANG..KALAU MEREKA TAK PERCAYA BUAT APA BUANG MASA MENDENGAR UCAPAN PM.....

SHAH ALAM 21 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan para mahasiswa agar tidak termakan dengan hasutan dan janji-janji manis yang ditaburkan oleh sesetengah pihak.
Sehubungan itu Perdana Menteri berharap, mereka akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang ada sekarang untuk terus memimpin negara.
Beliau berkata, kerajaan tidak bermain dengan jual beli janji sebaliknya membentuk kehidupan rakyat termasuk mahasiswa sehingga membolehkan mereka meletakkan keyakinan kepada para pemimpin sekarang.
''Anda semua boleh memberikan kami kepercayaan untuk memimpin negara, ini jaminan kerajaan Insya-Allah hari esok akan lebih baik daripada hari ini untuk saudara-saudari sekelian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 10,000 mahasiswa dari seluruh negara pada majlis pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam ini. 

biarpun segelitir mahasiswa terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu supaya menentang kerajaan...tetapi majoriti mereka adalah golongan sedar yg lebih mengutamakan niat dan hasrat menjejak kaki ke menara gading....TUGAS MEREKA ADALAH MENIMBA ILMU KERANA IANYA BAKAL DIMANFAATKAN BUAT DIRI,IBUBAPA, NEGARA DAN GENERASI AKAN DATANG

Selasa, 20 Mac 2012

IZATIL mahu tuntut Fasakh

Isteri yang sebelum ini dilaporkan 'lari untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah rumah tangganya' dengan Ustaz PKR, Badrolamin Bahron yang menimbulkan kes kontroversi di Kuantan, Pahang, akhir bulan lalu,  semalam bertindak menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya.

Beliau membuat tuntutan itu di Mahkamah Rendah Syariah Rompin semalam.


Izatil Iwani Rashid, 28, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kolej kemahiran di Rompin sebaliknya, memutuskan akan membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya, Fazli Pungut, 32, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.


Wanita itu yang hadir ke mahkamah seorang diri membuat tuntutan notis tarik balik tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Kassim Pilus di dalam kamar hakim.


Bagaimanapun, semasa ditemui pemberita, Izatil tidak menyatakan alasan tertentu berhubung tindakan menarik balik permohonan cerai tersebut.



BAGI ANDA YANG PERLUKAN KHIDMAT NASIHAT.....CARILAH PAKAR YANG SESUAI...

Isnin, 19 Mac 2012

RM1000 BERNILAI 10 JUTA MASIH TERSIMPAN?

BAGI GENERASI MALAYSIA YG TAK BERKESEMPATAN MELIHAT WANG KERTAS RM1000 mungkin bakal menatapnya kembali andai cita-cita Anwar menjadi PM terkabul...


AIDCNews – 19/03/12 – Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.
“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.
“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya.
Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.


DULU Orang-orang kaya Malaysia biasa dengan wang kertas RM1000 dan RM500...tetapi sejak PM masa tu DR. MAHATHIR memberhentikan penggunaannya maka wang kertas berkenaan telah tiada dipasaran.Nah ..kini kita tahu sebabnya DR.MAHATHIR berbuat demikian...



Komen..Udanggalah 63 ....WANG ITU ADA ATAU TIDAK AKU MEMANG TAK PERNAH ADA NOT RM1000......


Sabtu, 17 Mac 2012

BAPA NURUL TIDAK TERBABIT..

WARGA FILIPINA DAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG DOKUMEN MASUK KE NEGARA INI....

Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di Johor Bharu, Jumaat.


NAMPAKNYA KES INI MASIH PANJANG..BAGAIMANAPUN DIKATAKAN POLIS BAKAL MENYELESAIKAN NYA DALAM WAKTU TERDEKAT..

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ADIK NURUL NADIRAH...MOGA PEMBUNUHNYA SEGERA MENDAPAT BALASAN...

Jumaat, 16 Mac 2012

Warga Felda Mahu Tranformasi....

WARGA FELDA MAHUKAN TRANFORMASI..MAHUKAN LONJAKKAN EKONOMI DAN KEJAYAAN..Hanya segelintir yang tunduk kepada Mazlan Aliman kerana kepentingan politik..

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tiga badan bukan kerajaan berkaitan Felda hari ini menyatakan sokongan penuh kepada transformasi Felda dan mahu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia disegerakan.
Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikiran Profesional Felda (Gaprof) dan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) yang mewakili lebih 130,000 warga Felda itu turut menolak campur tangan pihak luar yang cuba mengeksploitasi isu tersebut untuk kepentingan politik masing-masing.
Presiden MBFM Anuar Manap berkata gabungan itu terkilan dengan tindakan pihak tertentu yang memutar belit fakta dan mengelirukan rakyat, khususnya peneroka, kononnya penyenaraian akan merugikan Felda, peneroka dan generasi seterusnya.
“Selaku tiga gabungan besar, tiga organisasi ini menolak campur tangan luar yang cuba memutarbelitkan isu penyenaraian ini yang mana kami dapati peneroka akar umbi rimas dengan keadaan itu.
“Sehubungan itu kami mahu kerajaan mempercepatkan penyenaraian itu untuk mengelak lebih banyak isu negatif dimainkan, tambahan pula ketika ini harga komoditi sawit adalah tinggi,” katanya pada sidang media di sini.
Turut hadir ialah Ahli Panel Gaprof Datuk Khairil Anuar Aziz dan Presiden AAFM Abdul Malik Jalil.
Anuar berkata sejak dua minggu lepas, MBFM menerusi 317 cawangannya telah menggerakkan anggota untuk mengumpul tandatangan lebih 10,000 generasi baru Felda bagi menyatakan secara sukarela menyokong penyenaraian FGVH.
Kemuncaknya, tandangan itu akan diserahkan pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian karnival Ikatan Hati Warga Felda pada 1 April nanti di Dataran Merdeka, katanya.

SELAMAT BERJAYA WARGA FELDA..LANGKAH TERUS KEHADAPAN DEMI BANGSA DAN NEGARA....

KANTOI..KANTOI..KANTOI...

Hotel Shangrila sahkan PM bayar sendiri bil katering majlis tunang anaknya

pm-anak-tunang513

‘Master dedah’ PKR, Rafizi Ramli nampaknya kena cepat-cepat cari lobang cacing untuk sorok mukanya. Ini bila fitnahnya tentang bil majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak mendapat pukulan baru Selasa bila Hotel Shangrila Kuala Lumpur sendiri tampil menjelaskan kedudukan sebenar.
Hotel yang membuat katering untuk majlis berkenaan di kediaman rasmi Perdana Menteri,Seri Perdana  di Putrajaya pada 17 Jun tahun lalu memberitahu bilnya dibayar penuh oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh wang kerajaan.
Jumaat lalu,Rafizi,Pengarah Strategik PKR  cuba mencetuskan kecurigaan dengan menunjukkan kepada media Banquet Event Order dari hotel itu yang dialamatkan ke pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri dalam reaksi segera hari itu sudah menjelaskan bil  katering itu dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya.
Rafizi yang cuba menutup malunya esoknya membuat kenyataan meminta Perdana Menteri memberi butiran rasmi bayaran bil itu.-13/3/2012....sumber agendadaily.

TAK DE KEJE LAIN PUAK-PUAK NI..FITNAH..FITNAH.SAJA CARI JALAN MACAMANA NAK MENABUR FITNAH..TENGOK APA DAH JADI.....HOTEL SHANGRILA HARUS CEPAT-CEPAT BERSIHKAN NAMANYA JUGA DARI MEMPUNYAI PEKERJA YANG TIDAK AMANAH....

NEGARA BAKAL MENERIMA BIBIK TERLATIH..

106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.


 Pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.
Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan...sumberBH


DENGAN KEMBALINYA BIBIK-BIBIK DARI INDONESIA INI DIHARAP BUKAN SAHAJA MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA DAN MAJIKAN MALAH NEGARA JUGA DIHARAP MENDAPAT IMPAK YG BAIK DALAM HUBUNGAN DUAHALA....

 

Khamis, 15 Mac 2012

Masadepan Peneroka Terjamin

PENYENARAIAN FGVH BAKAL UNTUNGKAN PENEROKA.......

KUALA LUMPUR  - Kerajaan memberi jaminan masa depan peneroka akan sentiasa terjaga sebelum dan selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia pada Mei ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, segala keistimewaan dinikmati peneroka seperti prasarana di tanah rancangan Felda, insentif produktiviti atau bonus akan terus disediakan.
Jelasnya, tanah kebun dan tapak rumah serta saham milik peneroka dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak akan diusik walaupun sedikit.
Menurut beliau, penyenaraian itu bakal menguntungkan peneroka Felda dengan FGVH mampu meningkatkan nilai aset-aset menerusi prospek perniagaan yang baik serta memperoleh dana bagi membiayai pertumbuhan masa depan yang tidak akan merugikan peneroka.

SEBENARNYA PIHAK PEMBANGKANG KHUSUSNYA 'ANAK' MAZLAN ALIMAN TELAH MENGHIDU BAHAWA USAHA KERAJAAN MELONJAKKAN TARAF HIDUP PENEROKA MELALUI TRANFORMASI PENYENARAIAN INI AKAN BERJAYA,OLEHKERANA ITU MEREKA MEMBUAT PELBAGAI CARA MENGHALANG DAN MEMESONGKAN KEPERCAYAAN PENEROKA SUPAYA MELIHAT PROJEK INI BAKAL GAGAL DAN MELINGKUPKAN HARTA PENEROKA......

SEJAK DARI ZAMAN TUN RAZAK FELDA TELAH BERJAYA MENJADIKAN PENEROKA GOLONGAN MISKIN YG MEMBANGUN ...KINI DATO SERI NAJIB BERHASRAT MENJADIKAN MEREKA GOLONGAN KAYA YG MEMPUNYAI KEHIDUPAN LEBIH BERJAYA.....

Isnin, 12 Mac 2012

Yahudi Makin Naik Tocang...


REGIM YAHUDI SEKALI LAGI MULA RAKUS MENGGANAS....

SEJAK SEMINGGU LEPAS, BUMI SEMENANJUNG GAZA TELAH DIHUJANI BOM DAN PELURU DARIPADA REJIM YAHUDI MENYEBABKAN LEBIH DARIPADA 20 ORANG WARGA PALESTIN DARIPADA PEJUANG SEHINGGA KE KANAK-KANAK MENJADI KORBAN.

HAMPIR SETIAP HARI DARAH MENGALIR DI BUMI PALESTIN AKIBAT KEKEJAMAN YAHUDI.

TINDAKAN GANAS ISRAEL ITU BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN PEJUANG PALESTIN MELANCARKAN BEDILAN ROKET-ROKET YANG UZUR KE BANDAR NEGARA YAHUDI ITU.

TIDAK ADA SEORANG PUN YAHUDI YANG CEDERA AKIBAT BEDILAN ROKET TU, TAPI SERANGAN BALAS REJIM NETANYAHU ITU MENYEBABKAN LEBIH 20 WARGA PALESTIN MAUT.

ISRAEL KATA TINDAKAN ITU ADALAH UNTUK MEMPERTAHANKAN KESELAMATAN NYA.

TIDAK HAIRANLAH KERANA MEMANG ITU CARA YAHUDI SETIAP KALI MEMPERTAHANKAN TINDAKANNYA..INIKAN PULA BILA TERBUKTI ADA KALANGAN UMAT ISLAM SENDIRI MENYOKONG TINDAKAN MEREKA SELAMA INI...