Sabtu, 3 Mei 2014

APA SAHAJA..MEREKA BANTAH

Himpunan bantah GST...baru berlalu pada ketika para pekerja bercuti dan meraikan satu-satu hari keraian mereka.

ENTAHlah..aku kadang-kadang bingung dengan mereka ini.Semua benda nak dibantah...Semua benda nak dipolitikan.Asal ada peluang bantah dan berdemo mereka akan lakukan.Kalau nak kira sidang parlimen adalah medan terbaik untuk menyuarakan isu untuk di bincang mahupun dibantah,namun mereka menutup semua ruang yang ada demi menimbulkan isu dan ghairah rakyat agar menyokong tindakan mereka kerana disebaliknya ada agenda TERSEMBUNYI......

MASA merubah segalanya,begitu juga persepsi rakyat..lebih-lebih lagi bila dipengaruhi oleh mereka-mereka yang punya agenda.

Nampaknya tugas pemerintah semakin sukar dan rumit.MANA NAK BANGUNKAN NEGARA,MANA NAK LAYAN KARENAH PEMBANGKANG,MANA NAK ATASI MASALAH NEGARA...dan macam-macam lagi

Namun bagi aku inilah ujian yang bakal dilalui oleh kerajaan BN.... Semuanya kalau ditangani dengan betul dan sabar akan mendapat keredhaan Allah dan bakal menyerlahkan kembali kepercayaan rakyat dan BN akan terus memerintah negara...InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan