Isnin, 19 Mei 2014

PENGUNDI JUGA PUNYA PENGALAMAN....

PENGUNDI TELUK INTAN SEHARUSNYA TELAH MATANG....Mereka perlu bandingkan yang mana INTAN TELUK INTAN yang mana KACA TELUK INTAN.Mana yang telah matang..mana yang baru menetas dan masih meraba-raba mencari ibu....

TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) mengharapkan lebih 60,000 pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan menyokong calon parti itu yang berpengalaman, Datuk Mah Siew Keong.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan presiden Gerakan itu sebagai calon BN adalah berdasarkan pengalamannya bukan sahaja dalam parti, malahan kerajaan dan masyarakat.
“Harapan saya ialah lebih 60,000 ribu pengundi di  Parlimen Teluk Intan akan memberi sokongan padu kepada beliau kerana kepemimpinan memilih beliau berdasarkan kepada pengalamannya.
“Banyak jasa beliau kepada rakyat, maka atas sebab itu kita yakin kalau beliau diberi peluang sekali lagi menjadi Ahli Parlimen di Teluk Intan, beliau dapat menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pengundi,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Siew Keong akan berdepan persaingan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Bagaimanapun, kata Muhyiddin, BN tidak akan mengambil sikap sambil lewa atau terlalu yakin dalam PRK itu hanya kerana meletakkan calon berpengalaman.
“Kita lihat peluang 50-50 setakat hari ini dan kita akan lihat trend pengundi dalam beberapa hari akan datang,” katanya.

TAN SRI MUHYIDDIN pastinya telah menilai kemampuan calon BN dan senario politik masakini dan Teluk Intan pasti memihak untuk kemenangan BN. Jauh disudut hati beliau pastinya Teluk Intan dan Perak bakal terus berada dalam genggaman BN....

Moga UMNO,Gerakan,MCA dan semua komponen akan bersatu merealisasikan harapan beliau dan semua penyokong.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan