Isnin, 17 Februari 2014

KAJANG...peluang perlu diberi kepada MCA DIBAWAH KEPIMPINAN BARU...

Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai  masyarakat di Kajang dibelenggu pelbagai masalah melibatkan antaranya jalan raya, lesen penjaja dan cukai pintu. Sehubungan itu, beliau berkata anggota Jawatankuasa Tertinggi MCA dikehendaki datang ke DUN Kajang setiap hari bagi meninjau, memahami serta membantu menyelesaikan isu-isu yang sering dihadapi penduduk, 

Inilah masanya MCA memberi keyakinan kepada masyarakat Cina khususnya di Kajang sempena PRK untuk mengembalikan kepercayaan mereka terhadap MCA dengan kepimpinan baru....

Setelah berlalu PRU 13 dengan majoriti pengundi Cina menyokong PR...Apalah kiranya jika kali ini terbuka hati mereka untuk menilai kembali sumbangan MCA selama ini untuk mereka dan penilaian khas buat BN...

Apapun hanya pengundi Kajang yang lebih memahami aspirasi mereka sendiri..Apakah selama ini mereka dibela oleh Wakil dari PKR?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan