Ahad, 28 November 2010

Rakyat Korea bakal menempuh 'KESENGSARAAN PERANG'?

KOREA sedang bergolak...Apakah PERANG DUNIA KE 3 akan bermula seperti diramalkan oleh Nabiah Baba Vanga ...peramal dari Bulgaria yang telah meninggal pada 1996 ...meramal apa yang bakal berlaku 3000 tahun kehadapan di dunia.Setelah 2 ramalannya betul kini yang ke 3 seolah-olah mula menunjukkan kebenaran.....

RAMALANNYA....Pada 2010 akan berlaku Perang Dunia ke 3. Perang akan dimulai pada bulan November 2010 dan akan berakhir pada bulan Oktober 2014. menggunakan senjata nuklier dan kimia.
klik SINI 

Konflik Semenanjung Korea kini membimbangkan dunia apabila 2 bersaudara itu seakan bakal mengulangi Perang Korea 1953...malah mungkin lebih dasyat dari itu.

Konflik terbaru di semenanjung Korea Selasa lalu telah mengheret dua kuasa besar yang masing-masing mempunyai kepentingan politik dan ekonomi selain mahu mengimbangi pengaruh antara satu dengan lain. Malah konflik yang dianggap antara provokasi terbesar selepas tamatnya Perang Korea 1953. Empayar Korea yang dulunya satu telah terbelah dua oleh Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS) pada 1945, ketika Perang Dunia Kedua.
Hingga kini terus terbelah, satu bangsa dan satu budaya menjadi dua yang berbeza ideologi. Masing-masing digunakan oleh kuasa besar dan konflik terbaru bukan saja melibatkan Korea Utara dan Korea Selatan malah kuasa-kuasa besar, China dan AS yang menaungi kedua-dua negara ini.
Selepas enam dekad, dendam dan prasangka terus menjadi menyala. Gerak geri di sempadan menjadi perhatian kerana masing-masing seolah-olah menunggu masa untuk menyambungkan perang yang tertunda. Selepas dua dekad runtuhnya negara blok komunis di Eropah Timur, Korea Utara cuba bertahan dengan ideologi komunis yang muflis itu. Kebergantungan kepada kuasa besar ekonomi iaitu China selepas era keruntuhan Kesatuan Soviet terus memperkukuhkan kedudukan Korea Utara.
Maka bedilan yang membunuh dua orang awam dan dua tentera di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan adalah isyarat kepada AS dan Barat. Di rantau Asia Timur, Korea Utara adalah bom jangka yang boleh meletup dengan tiba-tiba....sumber utusan.

APAKAH akan berlaku sekali lagi Perang Korea atau Perang Dunia Ketiga bermula seperti ramalan Nabiah Vanga...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan