DEMI RAKYAT KELANTAN...Masalah bekalan air akan diselesaikan dalam tempoh 3 tahun berbanding 17 tahun seperti jaminan PAS...
"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan),"kata Datuk Awang Adek.
Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin, berkata pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan PAS memerintah negeri itu.
Akhbar hari ini melaporkan bahawa rakyat Kelantan terutama di kawasan luar bandar terpaksa menunggu selama 17 tahun lagi untuk menerima bekalan air bersih sepenuhnya.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman di Sidang DUN berkata, kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sedang berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke seluruh negeri dalam tempoh tersebut.
Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan....nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih gagal mengurus bekalan air dengan baik.
Sementara itu pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004 tetapi sehingga kini masih berlarutan....
Menurut Md. Anizam, peruntukan RM500 juta yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan itu tidak mencukupi dan pihaknya akan membuat permohonan dana tambahan selepas ini.
"Memang tidak pernah cukup dan kita akan minta lagi. Banyak lagi yang diperlukan dan tidak boleh dianggarkan cuma rancangan 30 tahun ini kita akan hantar kepada kementerian," tambahnya.
Nampaknya Kerajaan Kelantan terus bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah bekalan air negeri itu.Kemana perginya hasil-mahsul negeri yang diteroka selama ini?......sumber utusan/malaysiakini.
DAH BYK KALI KERAJAAN PUSAT HULUR BANTUAN KEWANGAN UTK RAKYAT KELATE NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH TAPI AHLUL2 BAHLUL PARTAI SESAT SUDA KASI CILOK ITU DUIT MASUK POKET. SO KENE LA TUNGGU 17 TAHUN LAGI BARU DPT AIR BERSIH SETELAH DIORANG BETOL2 JADI MILLIONAIR. LPAS NI KLU SAPE2 NAK MANDI JUNUB KENA LA BUAT TARIAN PANGGIL HUJAN KEHKEHKEH
BalasPadamBila tuan udang nak wat versi kedua 'Siri Orang Asli?
BalasPadamJeffry...itulah.pasal
BalasPadamasrul...tungggu..