Terdapat kesan tapak kaki Nabi Adam di puncak sebuah gunung di Sri Langka diberi nama 'Adam Peak'.Ianya terletak di Anuradhapura di utara Sri Langka.Saiz kesan tapak itu 5' 7" panjang dan 2' 6" lebar.
Marco Polo juga pernah sampai ke puncak itu.Pengembara-pengembara arab yang melihat tapak itu menyatakan ianya milik Nabi Adam a.s. dimana Baginda mula-mula diturunkan dari langit.
Tapak kaki tersebut telah ditutup dengan ukiran batu oleh orang China dan hanya satu replika tapak kaki saja yang kelihatan.Gunung itu juga digelar sebagai puncak airmata kerana setiap pendakinya akan sebak atau menangis...waullahualam.
Rencana Iblis menyesatkan Nabi Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia berhasil.Apabila diperintahkan ke bumi mereka menyesal dan berkatalah Adam a.s:
"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami".
RAMAI TELAH KE PUNCAK ADAM DALAM MUSIM ZIARAH......
salam brother UG
BalasPadambenarkah? tapi kalau tidak silap aku
sahabat aku yg menetap di SL pun kata
ada kesan Adam Peak di gunung tersebut..
wallahualam..