Isnin, 29 November 2010

FELDA - Bukti Ketuanan Melayu.

Manifesto Pilihanraya 1955 adalah sandaran penubuhan dan pembukaan secara besar-besaran LKTP (FELDA).


"RAJA saya pun setuju, tanah Pahang ini dibagi sebagai milik orang melayu luar Pahang yang sanggup menjadi rakyat Pahang dan bermastautin di Negeri Pahang".kata Allahyarham Tun Razak.


MENERUSI Manifesto pilihanraya pertama 1955 (PERIKATAN masa tu) UMNO Pahang menggariskan supaya Felda atau asalnya LKTP dibangunkan.

"PAHANG ini luas, tanah banyak.Orang Pahang tak ramai..cuma kira-kira 500,000 orang.Jadi manifesto UMNO Pahang lebih meluas skopnya utk semua rakyat". kata tokoh veteran UMNO Pahang..Dato' Mohd. Khairuddin Kawi.


"BETA sukacitalah menerima sekiranya ada anak-anak keturunan melayu dari negeri-negeri lain yang nak jadi warga Pahang masuk melalui rancangan LKTP.Beta terima dengan senang..tetapi dengan syarat ikutlah adat resam,peraturan Pahang." titah KDYMM Sultan Abu Bakar pada disember 1957.


MAKA bermulalah lakaran Sejarah Felda dengan Lurah Bilut menjadi batu asasnya pad 1958 bermula dengan 45 orang peneroka awal.Hari in Felda sudah tersergam dengan jayanya sebagai hasil dari Ketuanan Melayu....


70% daripada 43,000 peneroka Felda di Pahang telah menerima hak milik hasil dar kegigihan dan ketabahan mereka menyahut cabaran Ketuanan Melayu....


TIDAKkah kita berasa sedih bila Ketuanan Melayu mula dipertikai dan mahu dihapuskan oleh orang Melayu sendiri.

APAKAH sumbangan SULTAN Negeri Pahang yang meluluskan 185,380.23 hektar tanah bagi menjayakan pembukaan dan penempatan 43,000 peneroka dari seluruh negara diperlekehkan begitu sahaja......sumber khabar Pahang.

DAULAT TUANKU....

1 ulasan:

  1. Biarkanlah.... kalau ada orang Melayu yang sudah malu atau tidak mahu lagi mengaku Melayu..tidak mahu ada ketuanan Melayu... mereka semua sudah mengecapi nikmat hasil dari kuasa ketuanan Melayu, lebih-lebih lagi warga Felda... jadilah bangsa PAS dan gunakan bahasa PAS, jangan guna bahasa Melayu....

    BalasPadam