Sabtu, 20 November 2010

Cerita Pasal Orang Asli - Siri 3

Cerita 1.....Seorang wartawan bertanya kepada orang asli, "En. makan keretapi?.".
 "Makan!!!" jawab orang asli dengan konfidennya. Tanya wartawan itu lagi, "En. makan kapal?"."Makaaan!" jawab orang asli itu. Wartawan itu bertanya lagi, "En. makan kapal selam?"."Kapal Selam?". Tanya orang asli itu inginkan kepastian. "Ya!", jawab wartawan penyibuk itu."Ohh.... maaakannnn..., makan" balas orang asli itu kemudiannya.Wartawan itu kurang berpuas hati. Ia bertanya lagi. Kali ini lebih kuat lagi. "Encik !. En. makan tak helikopter?".Orang asli yang sedang tekun bekerja itu terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam ke arah wartawan itu."Ya, helikopter...." tegas wartawan itu. Orang asli itu kelihatan agak meradang. "En. jangan main-main dengan saya...

Helikopter itu kan besi... mana boleh dimakan...".


Cerita 2...Suatu ketika ada orang asli mati.Rupa-rupanya Tok Batin dah pandai talkinkan.Dia belajar ketika mengintip pengkebumian orang melayu....Setelah mayat diletakkan dalam keadaan duduk,sebuah sumpitan dibekalkan sekali.Tok Batin pun berpesan...".Selepas  ini ada dua orang datang..namanya Menungkar dan menangkir..dia ni garang...kalau dia tanya engkau kena jawab..kalau tak dapat jawab nanti dia pukul....kalau dia pukul kiri engkau elak kanan...kalau dia pukul kanan engkau elak kiri.....kalau dia pukul tengah memang engkau tak boleh elak ...engkau ambik sumpit tu engkau sumpit dia...."


Cerita 3...Ada seorang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"


Cerita 4....Suatu hari Tok Batin dihadiahkan sebuah jam oleh sahabatnya orang melayu.Tok Batin pun membawa pulang dan meletakkan jam itu didinding rumahnya.Setiap hari datanglah anak buah melihat jam di rumah Tok Batin.Tiada seorang pun yang tahu membaca waktu termasuk Tok Batin.Suatu hari ketika ramai sedang memerhatikan jam itu...tiba-tiba jarumnya berhenti. Demi memperlihatkan kebolehannya Tok Batin pun segera mengambil jam tersebut...membelek-beleknya dan cuba membetulkannya.Tiba-tiba bateri jam tercabut dan terdapat seekor lipas mati terselit disitu.Tok Batin lalu berkata kepada anak buahnya...."Oh...patutlah jarumnya tak jalan ..DREBARnya dah mati.."

SEKIAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan