Ahad, 14 November 2010

Cerita Pasal Orang Asli - Siri 2.

Sambungan siri yang lepas....


Cerita 1....Tok Batin dah masuk Islam.
Tok Batin dah di Islamkan oleh Jabatan Agama.Suatu hari Ustad datang melawat rumah Tok Batin.Setelah dijemput naik dan dijamu minum, alangkah terperanjatnya Ustad kerana ada sesekor anjing dalam rumah Tok Batin...Berkata Ustad..'Tok...kan Tok dah jadi orang Islam,kenapa masih ada anjing?'...
Jawab Tok Batin.'anjing tu tak tahu saya dah Islam...Kenapa Ustad tak Islamkan dia sekali?"...


Cerita 2....Tok Batin minta jambatan.
Disatu pertemuan dengan Menteri Besar,seorang Tok Batin menyuarakan masalah kampungnya..
'Datuk...kampung saya tu kubur berada diseberang sungai.Setiap kali ada kematian terpaksalah bawak mayat dengan sampan.Pernah satu kali sampan terbalik...kesian mayat tu 2 kali mati..sekali mati biasa lepas tu mati lemas....pasal tulah kami nak minta jambatan....'


Cerita 3...Jauhnya mencari emas.
Seorang teman bertanya kepada orang asli pencari emas,berapa jauh berjalan kaki dari kampung hingga ke tempat mencari emas..Jawab orang asli ' Tak jauh..cuma sebatang rokok je'...'Kalau begitu dekatlah ya?kata kawan tu...'bukan begitu bang..rokok tu..dia selit celah telinga aje.....'.jawab seorang  lagi.


Cerita 4...Wakil Rakyat dah lama tak datang.
Waktu pilihanraya hampir tiba.Wakil Rakyat pun pergilah ke sebuah kampung asli yang lama tak dilawatinya.
Ketika hendak pulang, Wakil Rakyat pun menghulur RM100 kepada Tok Batin sebagai buah tangan.Dengan muka sedikit berkerut Tok Batin pun berkata.'Datuk sepatutnya dah lima tahun Datuk tak datang kena bagi RM500 bukan RM100..!'...Apalagi Wakil Rakyat terpaksalah menyeluk poket mencari lagi RM400 sebagai tambahan...


Cerita 5...Wakil Rakyat melawat Kampung.
Suatu hari Wakil Rakyat melawat sebuah kampung asli di pedalaman dengan helikopter.Berhimpunlah penduduk kampung menunggu di padang tempat helikopter mendarat.Setelah melawat Tok Batin menyuarakan bahawa anak buahnya teringin menaiki helikopter.Demi menjaga hati pengundinya wakil rakyat pun membenarkan.Sayangnya semua yang hadir nak menaiki sekaligus.Maka terbanglah helikopter itu dengan penumpang yang padat.Apabila kepanasan mereka meminta juruterbang segera mendarat.Sebaik saja turun mereka melihat kearah helikopter tersebut lantas berkata.' OH..Patutlah panas kipas dia kat luar......!...


SEKIAN DULU........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan