Selasa, 2 November 2010

Konspirasi Syaitan Siri 2.

“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.
“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Demikian pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ..ianya adalah strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan menurut Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.
“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,”

Dalam konspirasi syaitan siri 1.....Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.sumber utusan & blog http://zul4kulim.blogspot.com.

MUNGKIN ada lagi konspirasi syaitan bakal didedahkan.... cuma PAS yang buat-buat tak FAHAM......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan