Hanya sijil pengiktirafan bukannya merupakan surat tawaran rasmi dari pihak kerajaan.Ianya menyerupai sijil palsu penyertaan dalam Ladang Rakyat yang telah didedahkan berlaku di Kampung Lepan Jaya yang telah diberikan oleh Dato Nik Aziz pada tahun 2007.
GUA MUSANG 2 Nov. - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan sijil pengiktirafan tanah kepada penduduk Orang Asli di Pos Sendrod, Lojing, semalam menimbulkan tanda tanya sama ada ia bertujuan memperdayakan mereka atau sebaliknya.Kedua-dua sijil itu juga ditandatangani oleh individu yang sama iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Justeru, tidak hairan langkah terbaru Pas itu menimbulkan persoalan kerana kedua-dua projek itu dilihat mempunyai persamaan terutama dari segi pengeluaran sijil...sumber Utusan & galas utk BN.
Begini rintihan seorang penerima sijil di Kampung Lepan Jaya 3 tahun lalu.....
"Sebagai orang miskin seperti saya, sudah tentu saya gembira diberikan tanah ladang dan tapak rumah. Namun segala-galanya tipu belaka apabila sehingga sekarang saya masih belum menerima arahan untuk tinggal di kawasan itu.
"Saya hanya dapat sijil yang tidak laku ini sahaja," ujarnya
APAKAN DAYA....Orang asli terus diperdaya..!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan