Sabtu, 27 November 2010

Nak Sembahyang pun SUSAH.....

Penduduk muslim moscow.....BEREBUT TEMPAT setiap kali solat Jumaat...


“Apabila saya tiba awal, saya dapat tempat di dalam masjid. Jika tidak, saya terpaksa melakukan solat di luar masjid,” kata Abdyl Ashim Ibraimov, 30, yang sering ke masjid Sobornaya iaitu yang terbesar di Moscow namun hanya mampu menampung 800 jemaah.


Perebutan tempat di dalam masjid menjadi tekanan mingguan kepada penganut Islam di ibu negara Rusia. Moscow mencatat antara peratusan masyarakat Muslim yang tertinggi di Eropah tetapi hanya mempunyai sebanyak empat buah masjid.
Moscow, yang mempunyai jumlah penduduk berjumlah 10.5 juta itu dipercayai mempunyai seramai 1.2 juta umat Islam. 

Mari kita bayangkan dan fikirkan...Kuala Lumpur yang berpenduduk 7.2 juta dianggarka 60.4% Muslim mempunyai 59 buah Masjid.
Dilapurkan Jumlah masjid di Malaysia ialah 5300 buah dan surau atau madrasah pula ialah 12257 buah dan sedang bertambah.


Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kita negara Malaysia yang diperintah oleh orang Islam dan kita mempunyai hak menjaga kepentingan Islam tanpa mengenepikan hak agama lain....Alhamdulillah.


Sedikit Info Tentang Masjid.....
  • Kubah masjid terbesar di dunia: Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, Malaysia (170 kaki; 52 meter diameter & 350 meter tinggi). Menara masjid ini juga pernah dicatat oleh Rekod Dunia Guinness sebagai menara masjid tertinggi di dunia dahulu (140 meter) sehinggalah gelaran itu diambil Masjid Sultan Hassan II.
  • Masjid terbesar di Asia Tenggara adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam,Selangor yang berkeluasan 10 hektar dan Masjid Istiqlal di Jakarta yang berkeluasan 9.5 hektar
Semuga Kesucian Islam terus terpelihara..... InsyaAllah...

2 ulasan:

  1. salam brother UG
    alhamdullilah.. bersyukur kita dilahirkan
    dan dibersarkan di Msia..

    sebab itu walaupun duduk di luar negara
    hati tetap nak balik stay Msia..

    Malaysia d besttttt

    BalasPadam
  2. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri....Tetap pilih negeri sendiri.

    BalasPadam