Sabtu, 3 Oktober 2009

CALON BEBAS TERKENA SUMPAHAN?

SHAHRUDIN HAMID mengotakan janjinya mengingkari arahan pucuk pimpinan PKR.
Melepaskan jawatan dan keahliannya sebelum dipecat,untuk bertanding sebagai calon bebas.
PELIK...Beliau mendakwa akan mendapat sokongan pengundi jika bertanding sebagai calon bebas berasaskan pergolakan PKR dan BN tapi bila
datang untuk penamaan calon PENYOKONG dan PENCADANG pun TAK ADA!

MAKA ...TAK BOLEHLAH BERTANDING...




PORT DICKSON – Bekas Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid, 52, semalam, mengumumkan keluar parti serta-merta untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Menurutnya, keputusan itu dibuat atas kehendak peribadi dan permintaan dari penduduk tempatan yang mahukan beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad dan calon dari Pas, Zulkefly Mohd Omar.
N31 BAGAN PINANG akhirnya menyaksikan pertandingan 1 Malaysia dengan
bulan mengambang sebab mata sepet dan roket besi buruk tak berdaftar pun
dalam P.R.
Tan Sri Isa yang dilebelkan Azmin Ali sebagai calon 'KITAR SEMULA' ditentang oleh Zulkefly Mohd Omar. Terkadang hasil kitar semula lebih baik
dari calon yang dah berkarat...sebab Tan Sri Isa sejak dari awal lagi diterima oleh akar-umbi masyarakat Telok Kemang. Beliau telah banyak menabur jasa-bermula sebagai ADUN Linggi sejak 1978 dan menjadi M.B N.Sembilan sejak 1982,berkhidmat selama 22 tahun.Ringkasnya
rakyat Bagan Pinang dah mengenalinya luar dan dalam.
TIDAK ADA SEBAB RAKYAT DI BAGAN PINANG MENOLAKNYA..
Sementara Zulkefly Mohd. Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan bukan anak jati Bagan Pinang
pernah mewakili PAS di Linggi dalam PRU 2004 dan 2008 tetapi tewas ..
KEMPUNAN teman nak saksikan pertandingan 3 penjuru dan kebangkitan calon-calon bebas yang
aktif mewarnai beberapa PRK sebelum ini.Timbul persoalan bagaimana Shahrudin Hamid yang
nak 'tegakkan kebenarannya' TAK CUKUP BERSEDIA.
APAKAH ADA MOTIF DISEBALIK KEADAAN INI!..Shahrudin mendakwa menerima ugutan setiap hari sejak membuat keputusan untuk bertanding.
Entahlah dalam politik pelbagai perkara boleh terjadi...Ada sorong -tarik..Ada tawar -menawar
malah pendirian pun macam sesumpah boleh bertukar-tukar.
Nampaknya orang yang tak setia dengan parti akan kena "SUMPAHAN".....
INGATLAH... "Mereka bercakap dengan mulut apa yang tak sama dengan hati mereka": Golongan Munafik - Maksud Al-Quran,ayat 167-Surah Al Imran.

1 ulasan:

  1. Dia sangka banyak orang akan sokong cara politik dia, rupa-rupanya tiada yang nak jadi pencadang dan penyokong............ itulah perjuangan PKR yang kebanyakan datang dari orang-orang yang keciwa, tamak kuasa dan mengejar kebendaan, bila tak dapat lompat..... kah...kah....kah....

    BalasPadam