Sabtu, 5 Disember 2009

JAIS - Akil Hayy tak layak ajar agama

Glamour sebagai artis bukan tiket untuk mengajar agama..malah mencemarkan lagi imej golongan artis.

PUTRAJAYA: Penceramah muda yang juga bekas penyanyi rock, Akhil Hayy tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain berdasarkan latar belakang agama yang cetek selain hanya mengharapkan populariti sebagai artis semata-mata. Bukan itu saja, penceramah yang pernah menjadi pengacara sebuah rancangan ilmiah di televisyen itu juga tidak pernah diberikan sebarang kelulusan berceramah dan pernah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang mengakui berdasarkan maklumat, bekas penyanyi kumpulan rock terbabit tidak mempunyai latar belakang agama bagi melayakkannya memberikan ceramah
Begitulah pengaruh 'glamour' artis dipergunakan untuk mencapai sesuatu......
Pengarah JAIS ,Datuk Mohamad Khusrin mendedahkan bahawa ada golongan manusia yang
tersalah langkah, sepatutnya Akil tak layak berceramah malah mengajar agama kerana beliau
tidak mempunyai kelayakan,sijil mahupun kelulusan.
Bekas penyanyi rock ini pernah ditangkap kerana berceramah tanpa permit. Disamping berceramah menyindir , mengata dan mengaibkan orang.
Beliau juga dikhabarkan berceramah mengikut logik akal....juga mempunyai masalah rumahtangga yang tidak memberi contoh yang baik dalam mentarbiah orangramai.
Teman ucap syabas kat Datuk Mohamad Khusrin dan JAIS yang mendedahkan hakikat ini,
bukan apa ..KITA BIMBANG DILUAR SANA MASIH RAMAI LAGI MEREKA YANG TAK LAYAK SEDANG BERBUAT DEMIKIAN, yang jadi mangsa ialah pendengar-pendengar yang
yang berhasrat mencari ilmu tapi di 'PESONGKAN' oleh yang tak bertanggungjawab.......

1 ulasan:

  1. UdangGalah, memang tepat komen tuan, macam udanggalah kena bakar....... kerana terlalu ramai penceramah-penceramah macam Akil Hayy inilah menyebabkan ditempat kawan ada orang boleh berpesan dengan Malaikat Nungkar & Nangkir supaya jangan soal banyak-banyak pada si mati kerana dia adalah ahli PAS......

    BalasPadam