Ahad, 20 Mac 2011

ZAID MEMANG SILAP MENYERTAI PKR.....

'Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yg menolongnya kalau dia tak buat kerja tu...'Kata Zaid Ibrahim,Ketua Parti Kesejahteraan Insan (KITA)....

Kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, Pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.Begitulah Dato' Zaid Ibrahim yg menjelaskan beliau tak pernah menyokong kes liwat Anwar semasa masih menjadi anggota PKR.Beliau juga menyatakan semua bukti  yg ada pada pihak polis dalam tahun 1998 berhubung dakwaan salahguna kuasa adalah benar dan bukan konspirasi pihak kerajaan.Oleh itu komen-komen beliau adalah tentang kelemahan pihak pendakwa  bukan sokongan terhadap Anwar...

Bertambahlah bengangnya orang PKR terhadap Zaid...Mana taknya Karpal makin menyingga kepada Zaid dan memberi amaran kepadanya bahawa kenyataan Zaid itu satu kesalahan besar dan boleh mempengaruhi Mahkamah...

Dulu, Mohd. Sayuti Omar di dalam blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Mengibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

BUKAN Zaid sorang yang sempat berak dalam PKR malah ramai lagi..tetapi PKR kena ingat mereka tu yang kena berak dengan PKR.Sebagai contoh Gobala yang nampak begitu ikhlas berjuang dalam PKR untuk masyarakat India tapi rupanya PKR lebih teruk dari jangkaannya.


Hari ini Zaid kena buka tembelang dalam PKR demi kebenaran.Zaid keluar dari PKR memang pilihan yang betul.Kesilapan Zaid dulu ialah memilih untuk menyertai PKR....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan