Jumaat, 20 Januari 2012

Hak Saiful sebagai Rakyat Malaysia

Peguam Negara baru saja memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Rayuan tersebut difailkan sebentar tadi disaat akhir tempoh 10 hari yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.CERITA LANJUT PISAU NET....

SEBELUM INI BAPA SAIFUL..Azlan Bin Mohd Lazim merayu kepada Peguam Negara supaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat. Azlan, 58, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai ‘double standard’.
Menurutnya, tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak warga negara untuk diadili dan didengar rayuannya hingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukan menghalang proses keadilan itu.


“Saya berharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak supaya tidak mengemukakan rayuan.

MAKA bakal bermulalah babak selanjutnya... Apakah 'AKAL' Anuar Ibrahim dalam babak kedua ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan