SIAPAKAH YG DIKATAKAN MURTAD....
Penjelasan dari seorang Ustad...Anda
tidak dikategorikan sebagai seorang yang murtad sehinggalah anda
melakukan perkara yang boleh menyebabkan tergugurnya aqidah anda seperti
melakukan penyembahan berhala ataupun sesuatu yang lain selain daripada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, anda tidak mengucapkan perkara-perkara yang
menafikan tentang kewujudan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun lainnya.
Ringkasnya, selagi anda tidak melakukan perbuatan yang syirik,
kata-kata yang syirik dan juga aqidah anda masih tetap pada Tuhan yang
satu, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka anda adalah masih sebagai
seorang muslim.
Adalah dinasihatkan supaya anda perbanyakan
istighfar dan bertahlil bagi mengisi jiwa anda yang kosong. Jangan
benarkan dan memberi peluang kepada syaitan dan anak cucunya untuk
membisikkan sesuatu yang mungkar di dalam hati anda. tenangkanlah hati
dan jiwa anda dengan zikir. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan dzikru’llah “. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang
tenteramlah hati manusia”.
(Surah Ar-Ra’d 13: 28)
BERSAMALAH KITA BERUSAHA AGAR TIDAK KEARAH MNJADI MURTAD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan