Selasa, 29 September 2009

BENARKAH HASSAN PEMBOHONG!

DR.HASSAN ALI DITUDUH BERBOHONG OLEH APEK SORANG NI..BETUL KE?


Chang Khim dakwa Hasan berbohong
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berkata, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berbohong apabila mendakwa beliau telah menuduh Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai ‘tidak cekap’ dan ‘tidak layak’.Beliau yang juga Speaker Dewan NegeriSelangor berkata, beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah berkenaan semasa sesi pendengaran awam berlangsung. Katanya, beliau terkejut dengan ‘penipuan’ Hasan kerana beliau tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai pegawai daerah yang meluluskan peruntukan tahunan RM500,000 bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini.“Beliau berkata saya menuduh pegawai daerah berkenaan sebagai tidak efektif dan tidak cekap pada sidang media yang diadakan selepas pendengaran awam tersebut. “Ini merupakan penipuan secara terang-terangan oleh Hasan. Sekarang beliau cuba untuk melindungi penipuannya. Hasan sering kali tidak konsisten dalam kenyataannya,” katanya di sini, semalam.

HAI.. Dia tak tahu ke Dr Hassan ni Pesuruhjaya PAS Selangor...'ULAMA' tu takan berbohong
pulak.Sedangkan ulama-ulama PAS ni tahu siapa yang Islam dan kafir,mana boleh bohong ,Ulama mesti arif mana yang benar dan tipu..

Itulah lain kali DAP nak berkawan berhati-hatilah,jangan pilih yang pembohong,lain lah PAS
diaorang boleh berkawan dengan syaitan pun malah boleh mengkatogerikan kalau 'GENG'
dia kafir pun takpa tapi kalau bukan 'GENG' islam pun jadi kafir.

TEMAN ni rasa sedih kat P.R Selangor ni, nampaknya orang Islam mula tak terbela.Masa berpakat nak tubuh kerajaan kata nak jaga hak semua kaum.Sekarang ni apa dah jadi,masing-masing nak jadi hero kaumnya hingga menjejas hak orang lain.Pelbagai isu telah menjadi igauan rakyat.Mana pergi janji-janji nak memberi khidmat untuk rakyat?

Nampaknya si Luncai nak terjun dengan labu-labunya.....BIARKAN,BIARKAN...

1 ulasan:

  1. Salam, semua pemimpin PAS khawarij, PKR pengkhianat memang kaki putar belit, guna dan jual agama dan bangsa kerana jawatan dan kuasa..... tipu rakyat dengan janji masuk 'syurga' je.... kalau nak cari makan gi lah mana-mana negeri di bawah kuasa UMNO....

    BalasPadam