Sabtu, 26 September 2009

Calon Bagan Pinang - Serah kepada Datuk Seri Najib


Jangan ganggu Presiden UMNO buat keputusan - Isa
PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.
"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang dekat sini hari ini.
TEMAN rasa isu calon PRK Bagan Pinang sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Walaubagaimanapun keputusannya adalah ditangan Presiden parti. Keputusan samada UMNO
bahagian menghantar satu atau lebih nama tetap akan menjadi isu tetapi eloklah ikut prosedur
biasa hantar 3 atau 4 nama supaya tidak berbangkit jika BN tewas.
Tan Sri Isa sebenarnya telah menunjukkan contoh yang baik terutamanya kesetiaan kepada
UMNO apabila dia dikenakan tindakan disiplin,berbanding sesetengah pemimpin UMNO dan BN
yang belot dan menikam kembali apabila tindakan dikenakan.
TEMAN masih ingat selepas beliau digantung kerana politik wang beliau turun ke PRK Pengkalan Pasir di Kelantan untuk membantu kempen BN dan sehingga kehari ini kesetiaannya
tak perlu diragui.Mungkin kerana itulah agaknya UMNO Bahagian Telok Kemang terus memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap BOS mereka.
Pun begitu rasanya Presiden UMNO akan menilai yang terbaik dan mengkaji semua pandangan. Peringkat bawah harus menerima dan akan bekerja sepenuhnya untuk memenangkan BN walau siapa saja calon yang diputuskan. Bagan Pinang adalah kubu kuat
BN dan sepatutnya BN tidak boleh tewas disana.
NAMUN tugas mengekalkan hak milik BN ini amat berat jika diukur prestasi BN
dalam PRK yang lalu...Dari itu komitmen dikalangan semua jentera diperlukan untuk meyakinkan pengundi Bagan Pinang memilih BN KEMBALI.

1 ulasan:

  1. Salam, kadang-kadang dalam bab calon ini, UMNO-BN jangan terlalu ikut rentak tari 'pakatan khawarij', kepimpinan UMNO-BN perlu menyusur masyarakat akar umbi di Bagan Pinang, kalau mereka memang mahukan Tan Sri Isa apa salahnya........

    BalasPadam