Ahad, 13 September 2009

KPI Bukan hanya untuk MIC


Pilih pemimpin utamakan rakyat
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak terlalu ghairah untuk meraih populariti di kalangan ahli parti sebaliknya tidak popular di kalangan rakyat sehingga menyebabkan parti yang diwakilinya kehilangan sokongan rakyat. Menurutnya, tumpuan utama setiap pemimpin itu hendaklah untuk meraih populariti dalam kalangan rakyat bagi membolehkan BN menang pada pilihan raya akan datang kerana dalam sistem demokrasi berparlimen negara meletakkan kuasa mutlak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan. “Perkara ini relevan kepada semua parti komponen BN tidak kira UMNO, MIC, MCA dan parti komponen yang lain bahawa pertimbangan yang paling penting adalah sejauhmana kita popular dalam kalangan rakyat, bukan kalangan ahli parti,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpuanan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, jika parti komponen BN melupakan perspektif itu, rakyat akan menghukum BN dalam pilihan raya umum akan datang. “Rakyat pada hari ini bukan seperti rakyat pada tahun 50-an. “Oleh itu, untuk BN menjadi relevan dan terus relevan, kita mesti berhubung dengan rakyat. Kita tidak akan kehilangan apa-apa jika dekat dengan rakyat,” katanya sambil memberi contoh pendekatan ‘tinjauan mesra’ turun padang yang dilakukannya pada hari ketiga di Jalan Petaling, Brickfields dan Lembah Pantai setelah dilantik menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, Perdana Menteri turut menetapkan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang harus dipatuhi oleh MIC iaitu untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat India di negara ini.

TEMAN rasa tertarik dengan kesungguhan PM dalam kenyataan yang menyentuh secara umumnya tentang prestasi yang sepatutnya diukur oleh bukan saja pemimpin MIC malah semua komponen BN, terlebih lagi UMNO sendiri.Kita tidak ada masa untuk terus leka

dengan jawatan dan kemenangan dalam parti andainya PRU 13 bukan lagi milik BN tiada gunanya.


Menyentuh tentang MIC,kemenangan barisan kepimpinan presiden teman ucap tahniah,tapi

ingatlah perpaduan sangat diperlukan selepas ini.Teman tertarik dengan pandangan Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisiknya...Tolonglah sedar Samy...
KEPUTUSAN pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden MIC semalam tidak mengejutkan kerana ia sudah dijangka.
Semua calon Presiden, S. Samy Vellu yang beliau awal-awal lagi mengambil sikap memihak secara keterlaluan, menang. Awang percaya jika Samy tidak campur tangan dan melakukan serangan politik, peluang untuk bekas Timbalan Presiden, S. Subramaniam menang jawatan itu, adalah cerah. Ternyata Subramaniam masih berpengaruh kerana undi yang diterimanya cukup signifikan (547) berbanding G. Palanivel yang berjaya mempertahankan jawatan (629).
Awang mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dan berharap dengan terpilihnya barisan Samy, beliau akan segera berundur selepas ini. Rasanya tidak perlu beliau berlengah lagi dengan memberi 1001 alasan. Samy perlu pandai mencermin diri dan janganlah menafikan hakikat beliau sudah terlalu lama dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN).


RASANYA kalau tak ulas pun ramai orang setuju dengan Pak Awang kita.. Bukan Samy Vellu tak bagus selama pemerintahannya banyak jasanya untuk orang india tapi maklumlah bila dah terlalu lama ni banyak perkara boleh diperkatakan,jadi faham-faham sajalah..


WAHAI pemimpin komponen BN, kita dah kesuntukan masa ..takan nak harap PM sorang . Semua perlu bangkit menyakinkan rakyat dan memenuhi KPI yang digariskan oleh Dato Seri Najib.

1 ulasan:

  1. Salam, dia dah nak jadi macam Nik Aziz, sudah merasa bongkak, hanya dia saja yang boleh menyatukan kaum India, tetapi kaum India sudah mula jadi kurang ajar dengan dia.......

    BalasPadam