Khamis, 24 September 2009

PAS pembangkang dalam P.R Selangor

SELEPAS isu penggantungan Dr. Khir, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nampaknya dah dapat PEMBANGKANG baru iaitu PAS melalui Dr. Hassan Ali.

ISU penjualan arak yang di kedai serbanika kawasan majoriti Islam yang diperjuangkan nampaknya tidak memihak kepada PAS. MB Khalid Ibrahim
nampaknya cuba cari jalan selamat meminta premis perniagaan membuat
kawalan sendiri demi menjaga sahabat karibnya DAP.


TERBARU isu melibatkan selcat seperti dilaporkan...



SHAH ALAM 23 Sept. - Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali diminta tidak campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas ini.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sebagai anggota majlis kerajaan negeri, Hassan harus faham yang dia sepatutnya tidak boleh masuk campur dengan urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ini termasuk Selcat yang ditubuhkan di bawah undang-undang DUN.
Malah, katanya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu mengkritik Selcat secara terbuka tidak patut dilakukan.
"Beliau sepatutnya jangan cakap atau kritik secara terbuka terutama yang melibatkan perjalanan DUN.
"Apabila beliau mengkritik secara terbuka mengenai Selcat, ini menyebabkan berlakunya salah faham dan sekali gus mengurangkan kewibawaan dan integriti Selcat.
"Saya juga ingin ingatkan yang Selcat ini dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mereka ada tanggungjawab dan tugas mereka sendiri," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Hassan baru-baru ini yang mahu Selcat merangka garis panduan yang betul ketika menyiasat pegawai kerajaan negeri.
Hasan menyatakan demikian apabila beberapa pegawai daerah yang menjadi saksi Selcat melahirkan rasa tidak puas hati dan terhina dengan cara jawatankuasa itu menyoal mereka.
Malah, salah seorang daripada mereka, Bakhtiar Hussin yang merupakan Pegawai Daerah Klang menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar.
Pegawai itu sebaliknya mendakwa siasatan Selcat lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.
Bagaimanapun Santiago ketika diminta mengulas, perkara tersebut mempertahankan cara Selcat menyoal saksi-saksinya yang didakwanya mengikut standard antarabangsa dan Hassan yang tidak faham, tidak sepatutnya masuk campur.
"Jadi saya rasa saksi-saksi Selcat ini jawab sahajalah apa yang ditanya," katanya.
Santiago juga mengingatkan yang beliau berkata demikian bukan bermaksud hubungannya dengan Hassan tidak baik.
Sebaliknya, kata wakil rakyat DAP itu, beliau memberikan teguran dan ingatan kepada Hassan yang disifatkannya kurang faham dengan tugas dan tanggungjawab Selcat.


HAH! Itulah cara layanan anggota Selcat itu terhadap penjawat awam.
Dr. Hassan Ali cuma beri teguran dan pandangannya..' Kalau Pakatan Rakyat
nak kekal mendapat sokongan janganlah buat macam tu kepada penjawat awam'.
Teman-teman wartawan pun minta REAKSI Tun Mahathir kerana dah seolah-olah Dr. Hassan tak 'NGAM' dengan P.R Selangor...Dr. Hassan Ali boleh ke diterima oleh UMNO seandainya dia keluar dari P.R?
' Kerajaan biaya RM 1 juta nak jadikan dia seorang Doktor lepas tu menentang
kerajaan' maksudnya sorilah Dr Hassan Ali nak menyertai UMNO atau diterima
menyertainya...
TAK tahulah P.R Selangor ni apa lagi cerita selanjutnya..Dia cuba buang pembangkang dari
BN supaya tiada di dewan,akhirnya geng dia sendiri jadi pembangkang.
Begitulah akibatnya sama-sama berpaut di dahan yang rapuh.....
Buat rakyat Selangor.....Fikirlah Sendiri!

2 ulasan:

  1. Salam 'Idil Fitri,

    SELCAT sudah betindak macam SPRM dan Polis, inilah pasukan khas yang bakal diperkenalkan oleh oleh DAP yang PAS tak tahu, lebih kurang macam agen 'khas komunis' lebih kurang, nanti bila mereka dapat kuasa penuh memerintah, pasukan inilah yang akan lebih berkuasa dari Polis, memadai dengan syak je sudah cukup untuk dijatuhkan hukuman mati macam era komunis berkuasa kat Malaya dulu....

    BalasPadam
  2. SALAM..kOMUNIS memang dah kembali tapi bukan cara dulu duduk dalam hutan,sekarang mereka berada dikalangan kita.

    BalasPadam