Selasa, 15 September 2009

RAKYAT ADALAH PENGADIL


Kuasa rakyat tentukan kelangsungan BN TAWAU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini kuasa rakyat yang akan menentukan kelangsungan kuasa Barisan Nasional (BN). Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, bagi memastikan BN terus mendapat mandat memerintah negara ini, parti berkenaan perlu bersifat adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

KATA-KATA Dato Seri Najib bagi teman adalah satu KEBIMBANGAN


KEBIMBANGAN yang dizahirkan memang ada ASASNYA


ASASNYA adalah apa yang berlaku SEKARANG


SEKARANG ini........PARTI-PARTI KOMPONEN BN sedang bermasalah...

Bermula dengan MCA,MIC dan UMNO sendiri.....cuma yang kurang bermasalah

sahabat-sahabat di Sabah dan Sarawak sahaja.


KECUALI BATANG AI ,semua PRK selepas PRU 12 BN kecundang....rakyat terus mengadili

dan menggunakan kuasanya.Banyak cadangan dan pandangan disuarakan termasuk dalam

Perhimpunan Agung UMNO dan parti-parti komponen lainnya.tapi nampaknya masalah-masalah kritikal terus menerus timbul dan ditimbulkan seolah-olah tiada apa yang perlu

digusarkan...


SATU lagi PRK muncul menguji di Bagan Pinang....kali ini kubu BN ,NAMPAKNYA sudah ada

riak-riak yang mengganggu fokus pengadilan rakyat.Kalau BN tewas kali in memang satu

tamparan hebat..rakyat diluar mula memerhati dan berkata 'Kalau kalah kali ini alamatlah PRU

13'. Adakah kata-kata sebegini tidak memberi impak,pengalaman lepas telah membuktikan

zaman telah berubah...kalau dulu takpe sekarang 'jangan'.


DATO SERI NAJIB dan TAN SRI MUHYIDDIN nampaknya berusaha keras sejak menerajui

kepimpinan negara,tetapi diperingkat akarumbi belum begitu dilihat hasilnya sedangkan dipihak

pembangkang terus mengasak dengan pelbagai isu dan cara yang terus menjejas kredibeliti BN

dan dibanyak peringkat mereka terus mendapat kepercayaan walaupun banyak perkara yang ditimbulkan tidak sahih.


APAPUN .. rakyat adalah pengadil....

Mantan Perdana Menteri British, Sir Winston Churchill 'Demokrasi adalah satu cara pemerintahan yang paling buruk' tapi katanya juga 'Tidak ada cara lain yang lebih baik dari itu'


Cuba kita fikirkan pula ucapan pemikir politik Perancis abad ke 18, Jean Jacques Rousseau,katanya 'Jika ada satu masyarakat yang terdiri daipada dewa-dewa,masyarakat itu

akan dapat diperintah secara demokrasi,pemerintahan yang begitu sempurna itu tidak

sesuai untuk manusia'.


Dalam suasana senario politik sekarang BN perlu mempergiatkan usaha yang BERGANDA


BERGANDA usaha BERGANDA komitmen BERGANDA penyatuan


untuk memperolehi sokongan BERGANDA dan RAKYAT AKAN JADI PENGADIL

penentu PRU ke13....

2 ulasan:

  1. Salam, Kerajaan UMNO-BN telah melakukan semuanya unutk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum. Tetapi bila ada Melayu yang menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agama, maka terserah kepada mereka unutk menghalakannya......, perangai orang Melayu sejak zaman kerjaan Melaka lagi, lebih rela negara dijajah asal dapat menumbangkan Melayu lain......

    BalasPadam
  2. Salam,

    Itu sikap melayu telah lupa daratan dan sudah tidak dapat menilai kebaikakan kerana ada penkianat bangsa melayu sendiri..
    Mereka akan melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa di bumi malaysia ini...
    Tolak pengkianat bangsa... Teruskan perjuangan.

    BalasPadam