Sabtu, 17 Mac 2012

BAPA NURUL TIDAK TERBABIT..

WARGA FILIPINA DAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG DOKUMEN MASUK KE NEGARA INI....

Bapa kandung Nurul Nadhirah Abdullah, 5, yang sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan anak perempuannya itu didapati tidak terbabit dengan kes itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan bagaimanapun mendapati lelaki berusia 30-an yang merupakan warganegara Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan masuk ke negara ini.

"Kita telahpun kemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP)dan arahan telah dikeluarkan supaya dia diusir ke negara asal secepat mungkin," katanya dalam sidang media di Johor Bharu, Jumaat.


NAMPAKNYA KES INI MASIH PANJANG..BAGAIMANAPUN DIKATAKAN POLIS BAKAL MENYELESAIKAN NYA DALAM WAKTU TERDEKAT..

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ADIK NURUL NADIRAH...MOGA PEMBUNUHNYA SEGERA MENDAPAT BALASAN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan