Khamis, 22 Mac 2012

PM sangat prihatin Isu Lynas

Kilang Lynas dilarang beroperasi andai ianya mudarat.. Itu janji PM jika ia dibuktikan benar-benar memberi impak kepada kesihatan penduduk....

PETALING JAYA, 22 Mac – Kerajaan pasti tidak akan membenarkan projek Lynas beroperasi jika bukti saintifik menunjukkan ianya memudaratkan kesihatan dan mencemar alam sekitar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur berhubung isu berkenaan kerana kerajaan amat mengutamakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
“Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas.
“Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi,” katanya dalam temubual dengan stesen radio 988 FM hari ini.
Beliau ditemubual oleh DJ Sam Mak dan Tan Yi Hui dalam program 988 Street VIP selama satu jam.
Najib berkata dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.
“Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.
“Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan,” katanya.

APAKAH isu alam sekitar telah jadi isu politik?.Hanya Fuziah Saleh yang lebih maklum...
Kalau betul-betul berhasrat menjaga kepentingan kesihatan penduduk maka tidak timbul kepayahan untuk isu ini dibincangkan secara berhemah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan