WARGA FELDA MAHUKAN TRANFORMASI..MAHUKAN LONJAKKAN EKONOMI DAN KEJAYAAN..Hanya segelintir yang tunduk kepada Mazlan Aliman kerana kepentingan politik..
KUALA LUMPUR 15 Mac – Tiga badan bukan kerajaan berkaitan Felda hari
ini menyatakan sokongan penuh kepada transformasi Felda dan mahu
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia
disegerakan.
Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Pemikiran Profesional
Felda (Gaprof) dan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) yang mewakili
lebih 130,000 warga Felda itu turut menolak campur tangan pihak luar
yang cuba mengeksploitasi isu tersebut untuk kepentingan politik
masing-masing.
Presiden MBFM Anuar Manap berkata gabungan itu terkilan dengan
tindakan pihak tertentu yang memutar belit fakta dan mengelirukan
rakyat, khususnya peneroka, kononnya penyenaraian akan merugikan Felda,
peneroka dan generasi seterusnya.
“Selaku tiga gabungan besar, tiga organisasi ini menolak campur
tangan luar yang cuba memutarbelitkan isu penyenaraian ini yang mana
kami dapati peneroka akar umbi rimas dengan keadaan itu.
“Sehubungan itu kami mahu kerajaan mempercepatkan penyenaraian itu
untuk mengelak lebih banyak isu negatif dimainkan, tambahan pula ketika
ini harga komoditi sawit adalah tinggi,” katanya pada sidang media di
sini.
Turut hadir ialah Ahli Panel Gaprof Datuk Khairil Anuar Aziz dan Presiden AAFM Abdul Malik Jalil.
Anuar berkata sejak dua minggu lepas, MBFM menerusi 317 cawangannya
telah menggerakkan anggota untuk mengumpul tandatangan lebih 10,000
generasi baru Felda bagi menyatakan secara sukarela menyokong
penyenaraian FGVH.
Kemuncaknya, tandangan itu akan diserahkan pada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak pada perasmian karnival Ikatan Hati Warga Felda
pada 1 April nanti di Dataran Merdeka, katanya.
SELAMAT BERJAYA WARGA FELDA..LANGKAH TERUS KEHADAPAN DEMI BANGSA DAN NEGARA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan