Jumaat, 16 Mac 2012

KANTOI..KANTOI..KANTOI...

Hotel Shangrila sahkan PM bayar sendiri bil katering majlis tunang anaknya

pm-anak-tunang513

‘Master dedah’ PKR, Rafizi Ramli nampaknya kena cepat-cepat cari lobang cacing untuk sorok mukanya. Ini bila fitnahnya tentang bil majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak mendapat pukulan baru Selasa bila Hotel Shangrila Kuala Lumpur sendiri tampil menjelaskan kedudukan sebenar.
Hotel yang membuat katering untuk majlis berkenaan di kediaman rasmi Perdana Menteri,Seri Perdana  di Putrajaya pada 17 Jun tahun lalu memberitahu bilnya dibayar penuh oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh wang kerajaan.
Jumaat lalu,Rafizi,Pengarah Strategik PKR  cuba mencetuskan kecurigaan dengan menunjukkan kepada media Banquet Event Order dari hotel itu yang dialamatkan ke pejabat Perdana Menteri.
Pejabat Perdana Menteri dalam reaksi segera hari itu sudah menjelaskan bil  katering itu dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya.
Rafizi yang cuba menutup malunya esoknya membuat kenyataan meminta Perdana Menteri memberi butiran rasmi bayaran bil itu.-13/3/2012....sumber agendadaily.

TAK DE KEJE LAIN PUAK-PUAK NI..FITNAH..FITNAH.SAJA CARI JALAN MACAMANA NAK MENABUR FITNAH..TENGOK APA DAH JADI.....HOTEL SHANGRILA HARUS CEPAT-CEPAT BERSIHKAN NAMANYA JUGA DARI MEMPUNYAI PEKERJA YANG TIDAK AMANAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan