Rabu, 15 Julai 2009

Jangan jadi mangsa along


Alangkah sedih dan terharunya bila aku lihat slot dalam berita akhbar dan tv tentang mangsa -mangsa kekejaman peminjam wang haram.


Kadang-kadang rasa pelik juga kenapa orang kita perlu meminjam dengan abang long ni tapi bila dengar kata-kata dari mangsa yang terlibat bahawa mereka sebenarnya tahu risiko yang bakal dihadapi cuma terpaksa meminjam kerana keperluan mengatasi segalanya ketika itu. Mereka juga tidak memikirkan risiko dihadapan demi menyelesaikan masalah semasa.


Begitu mengerikan bila peminjam yang tidak dapat membayar hutang diugut dengan ancaman bunuh ,dirantai dan sebagainya sehingga memberi kesan negatif dalam kehidupan diri dan keluarganya.


Tindakan pihak polis memburu along-along ni sangat-sangat dihargai,begitu juga NGO yang turut membantu mangsa-mangsa.Bayangkan keadaan mereka yang dalam kesusahan dan ketakutan.Bagaimanapun perlu diwujudkan kesedaran menyeluruh kepada orangramai tentang tingginya risiko meminjam dengan along.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan