Jumaat, 17 Julai 2009

Kemana arah belia yang leka

Suatu malam aku memandu pulang,tiba-tiba kudengar berdesing motor-motor tak berlampu melintasi kiri;kanan keretaku.Bukan 1 bukan 2 malah berpuluh.Sampai satu persimpangan kulihat berpuluh-puluh lagi belia bermotor yang sedang menyaksikan mungkin perlumbaan haram agaknya.
Terfikir dibenakku inikah belia-belia pewaris bangsa.Apa dah terjadi kepada mereka ni,tidakkah mereka sedar bahawa satu tanggungjawab besar menanti dihadapan.Saharusnya mereka tahu bahawa golongan belia adalah petunjuk kepada keadaan sesebuah negara.Jatuh bangun sesebuah negara dalam bidang ekonomi,budaya,kehidupan keluarga dan nilai moral,struktur pekerjaan dan konsep kenegaraan terletak dibahu mereka dimasa hadapan.
Kalaulah kehidupan hari ini mereka sudah begitu leka dengan hiburan dan aktiviti yang merugikan entahlah esok masih ada atau tidak buat golongan ini.
Generasi muda ini bakal menjadi dewasa menjelang 2020,merekalah harapan kita,penentu sebuah masyarakat dan negara.Kita perlukan belia yang positif,aktif,berdisiplin dan progresif dalam menentukan masadepan negara jauh dari sebarang gejala negatif.
Terkenang aku satu peristiwa,apabila british nak jadikan tanahairku ini jajahan mereka dengan menubuhkan Malayan Union pada tahun 1945,maka terbangkitlah semangat juang belia ketika itu.Sekadar teringat pejuang wataniah -Mejar Yeop Mohiden,Kapten Abd Razak Husien,Leftenan Muhamad Ghazali Shafie yang menentang gagasan Malayan Union kerana mereka tidak mahu bangsa melayu akan menjadi pengemis di negara sendiri.
Hasilnya 11 mei 46 UMNO ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar.Pelajar-pelajar diluar negara khususnya di London juga memainkan peranan untuk kemerdekaan negara.
Kentalnya semangat belia ketika itu. Kita bimbang semangat jatidiri semakin pupus dijiwa generasi baru yang leka dengan kemajuan yang telah dicapai.
Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Razak Husien menyatakan 'Pada satu ketika
dalam sejarah bangsa golongan belialah yang meneroka jalan kearah matlamat masa hadapan'
Tun Mahathir dalam sajaknya 'Perjuangan Belum Selesai' dalam satu perenggan menyebut
'Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,bukankah sejak zaman-berzaman mereka menjadi pelaut,pengembara malah penakluk terkemuka.Bukankah mereka sudah mengembangkan sayapnya menjadi pedagang dan peniaga,selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang'
Jadi apakah kiranya para belia leka ini diberikan kesedaran.Tugas siapalah agaknya
kalau bukan kita,ibu-bapa dan masyarakat umumnya.Marilah kita bersama mengembeling usaha kearah itu.Janganlah 90 peratus penghuni pusat serenti yang dikhabarkan terdiri dari bangsa kita terus menjadi milik para belia yang leka ini.
Moga Tuhan kembalikan kekuatan belia bangsaku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan