Isnin, 26 Oktober 2009

1 MALAYSIA PENCETUS PERPADUAN

AKHIR-AKHIR INI ISU PERPADUAN MENJADI TOPIK PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN BANYAK PIHAK.Malangnya Malaysiaku yang dulunya begitu aman damai dan bersatupadu telah dicoretkan dengan calar-calar ciptaan golongan politik yang terlalu egois..

Teman rasa tugas dan tanggungjawab Jab. Perpaduan dan Intergrasi Nasional semakin mencabar dan perlu diperluaskan skopnya dan pendekatan penjelasan terhadap rakyat terbanyak.
Rukun Tetangga (RT) yang dulunya begitu aktif sekitar tahun 70an dan 80an semakin dilihat tidak berfungsi diakhir 90an dan 2000.



BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SKIM Rukun Tetangga atau dikenali sebagai RT cukup aktif sekitar 20 tahun lalu. Semua golongan penduduk ditemukan dalam aktiviti kemasyarakatan itu.
Baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan semua bangsa bersatu padu menjayakan program itu. Balai-balai RT diuruskan oleh mereka. Jika pengerusinya seorang Cina, maka setiausahanya ialah Melayu dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada semua golongan.
Setiap malam, kumpulan demi kumpulan diatur bagi meronda kawasan kejiranan masing-masing.
Pendek kata, aktiviti itu muhibah sifatnya dan amat ideal dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Kini, sejak beberapa tahun kebelakangan, skim itu sudah hilang hangatnya.
Awang, tidak pasti sama ada skim RT itu masih wujud atau tidak? Namun apabila terbaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semalam, yang meminta RT bergiat lebih aktif lagi, barulah Awang sedar rupa-rupanya ia masih wujud.
Awang berharap skim RT dapat digemilangkan semula seperti mana 20 tahun lalu. Uar-uarlah melalui media supaya ia dikenali semula.
Melalui pengalaman 20 tahun lalu, Awang yakin skim RT ini berupaya mengembalikan perpaduan antara kaum dalam erti kata muhibah yang sebenar.


TEMAN cuba merujuk kembali tugas dan liabiliti JPNIN ni disebabkan Teman pun ahli RT dan SRS yang aktif . Yang pastinya JPNIN mempunyai 5 produk utama.
- Tabika Perpaduan (TP) - bertujuan mendidik anak2 melangkah ke S.K dengan lebih berpotensi dalam semua aspek, pertumbuhan yang seimbang dan menguasai kemahiran2 asas.
- Rukun Tetangga (RT) - Memelihara dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan membina intergrasi nasional selaras dengan dasar2 kerajaan dan 5 prinsip rukunnegara.
- Skim Rondaan Sukarela (SRS) - Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial, menguatkuasa undang2,memberi perlindungan harta dan memupuk semangat kejiranan setempat disamping itu bekerjasama dengan pihak polis dan Skuad Cegah Jenayah QRT (Quick Reponse Team) utk mencegah kes ragut,samun,pecah rumah dan pelbagai lagi.
- Disamping itu JPNIN juga mempunyai produk dipanggil Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara yang bertujuan meningkatkan intergrasi nasional dikalangan rakyat dan siswa-siswi sekaligus meningkatkan kefahaman terhadap prinsip2 rukun negara.


TEMAN berpendapat sebenarnya rakyat Malaysia sangat cintakan perpaduan tetapi golongan-golongan MUNAFIK yang tak sedar dirinya munafik telah mengkucar-kacirkan negara majmuk ini, biarpun rakyat telah mengenali perpaduan sejak sekian lama.

Nampaknya Dato Azman Hassan - Ketua Pengarah JPNIN perlu ada mekanisma baru untuk mempromosikan produknya supaya mencapai sasaran.
Tan Sri Koh Tsu Khoon pun kenalah buat sesuatu atas tugas mencabar yang diamanahkan kepadanya demi negara. Program2 JPNIN seperti debat perpaduan dan pengurusan perhubungan kaum perlu pendekatan untuk dihayati dengan lebih meluas.

Apapun PERPADUAN adalah ASAS KEMAKMURAN NEGARA....Kita tak sanggup melihat PERANG SAUDARA menjadi punca negara mencipta sejarah kehancuran.........

2 ulasan:

  1. Salam bro, selain pemimpin-pemimpin negara yang bertanggungjawab melaksanakan agenda perpaduan, masyarakat juga memainkan peranan penting untuk mernjayakannya.

    Ada sesetengah tempat, kerana teralalu sebuk dengan mencari kekayaan, sehingga tidak pernah bertegur sapa dengan jiran-jiran sekeliling, perbezaan darjat atau kedudukan masih menghantui sesetengah masyarakat yang hipokrit...

    Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin politik yang sanggup memecahbelahkan perpaduan masyarakat kerana kepentingan kuasa dan politik, melebelkan dia kumpulan itu, aku kumpulan ini,....... tak kiralah sama ada dari UMNO, PAS, DAP atau PKR, tapi yang banyaknya datangd ari kalangan UMNOlah......

    BalasPadam
  2. salam. perpaduan memang resepi utama UMNO sejak ia ditubuhkan. pihak yg kurang arif terhadap dasar perpaduan adalah pihak pembangkang. kpd mereka semakin kurang rasa perpaduan makin banyak faedah yg akan dikutip.

    BalasPadam