Jumaat, 9 Oktober 2009

PURDAH PERLU DIHARAMKAM?

Tuan Guru Nik Aziz bersetuju dengan pandangan Syeikh Al-Azhar Mohamad Sahid Tantawi dan mahu menguatkuasakan pengharaman pakaian purdah di Kelantan kerana menurutnya penyamaran boleh dilakukan oleh pengganas.


an


Larangan pakai purdah dikritik
KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi dikritik kerana mengarahkan seorang pelajar perempuan membuka purdah dan hasratnya untuk mengharamkan pemakaian purdah. "Mohammed tidak boleh lagi mengekalkan jawatannya. Beliau mencemarkan Al-Azhar setiap kali mengeluarkan kenyataan," kata Ahli Parlimen pembangkang, Hamdi Hassan dari Ikhwan Muslimin. Semasa melawat sebuah sekolah pada awal minggu lalu, Mohammed mengarahkan seorang pelajar perempuan menanggalkan purdah dengan mendakwa pakaian itu adalah amalan tradisi dan bukan ajaran Islam.: Beliau turut berikrar untuk mengharamkan pemakaian purdah di semua sekolah-sekolah yang mempunyai kaitan dengan Al-Azhar.: Pengkritik tidak begitu mempedulikan pandangan Mohammed mengenai purdah, tetapi apa yang mencetuskan kontroversi ialah keputusan beliau untuk mengharamkan pemakaian purdah.
Nampaknya TGNA cara drastik melebelkan keganasan dan penyamaran melalui pemakaian purdah..
TEMAN nak menyingkap secara ringkas sejarah pakaian wanita Islam ini..
Pakaian adalah untuk melindungi tubuh dari cuaca dan berfungsi untuk menutup aurat.Ianya juga melambangkan identiti sesaorang dan bangsanya.
Di zaman Khulafa Ar-Rasyidin wanitanya berpakaian ringkas dan senang buatannya. Baju berbelah leher dan seluar panjang dan menutup aurat bila keluar rumah.Menurut hadith, Nabi SAW memakai pakaian yang dibuat dari benang bulu biri-biri-melambangkan rendah hati Nya.
Di zaman Umaiyah dan Abbasiyyah wanitanya bertudung yang bertatahkan permata dan gemar bersolek dan berdandan.
Sementara di Zaman Mamluk wanitanya sebahagian bertudung dan sebahagian lagi tidak kerana pengaruh Eropah dah masuk.
Di zaman Uthmaniah pula citarasa wanitanya tinggi, mereka memakai talipinggang dengan hiasan batu permata dan ukiran-ukiran yang cantik.
Manakala zaman Safawiyyah wanitanya gemar pakaian yang cerah dan merah. Zaman Fatimiyyah pula wanitanya gemar memakai jubah dan kerubung.Purdah bermula,cucuk sanggul dan barang kemas seperti cincin,gelang dan rantai yang banyak.
Sementara di Alam Melayu ianya agak tersendiri, wanitanya berkemban sebelum kedatangan Islam tetapi selepas kedatangan Islam berkemban hanya untuk mandi sahaja. Kain kelubung untuk tutup kepala,selendang dan songket sementara batik di Kelantan dan Terenganu adalah antara ciri-ciri budaya pakaian yang dimiliki wanita terdahulu.
NAMPAKNYA...pakaian purdah juga tradisi yang dimiliki oleh umat-umat terdahulu.Disamping menutup aurat ianya mempunyai signifikan yang tersendiri.
RASAnya tak payahlah kita fikirkan yang negatif kepada pemakai purdah. TU ramai lagi yang berpakaian tapi TELANJANG apa tindakan kita!
PENGGANAS pula mengambil kesempatan melalui pelbagai cara.Ada yang berjanggut dan berjubah pun lebih teruk dari pengganas. Lagak ALIM memperjuangkan Islam tapi orang lain
semua tak betul..kafirlah dan pelbagai lagi
RASANYA MUSANG BERBULU AYAM lebih bahaya dari yang menyamar....

4 ulasan:

  1. Salam bro...

    Islam suruh kita bersangka baik....Sememangnya masih banyak orang-orang Islam yang mengamalkan tradisi yang berlawanan dengan syariat.

    Tradisi/budaya yang tidak melanggar syariat memang boleh dikekalkan kerana ianya adalah warisan dan jati diri sesuatu kaum/bangsa.

    Dalam isu purdah ianya bagi saya adalah isu ranting, pakai tak salah X pakai pun X apa. Aurat lelaki dalam solat hanyalah di antara pusat dan lutut, tetapi jika kita hanya menutup aurat di antara pusat dan lutut kemudian pergi ke masjid maka mungkin akan menimbulkan masalah dengan jemaah yang lain.

    Demikian juga halnya dengan aurat wanita dalam solat, hanya muka dan tapak tangan. Tetapi dalam budaya masyarakat Arab, purdah adalah pakaian apabila seseorang wanita keluar rumah. Walaupun ianya tidak diwajibkan oleh Islam tetapi Islam juga tidak melarangnya.

    Walau apapun alasannya, Ulamak juga saya kira kena berlaku adil, saya melihat purdah juga selain boleh menimbulkan masalah keselamatan, ianya juga membataskan pergerakan wanita, agak membebankan dan mungkin juga akan dilihat sebagai diskriminasi terhadap wanita.

    Dalam waktu yang sama ulamak juga perlu mengambil tindakan ke atas wanita-wanita yang pakai baju "tak cukup kain"...Kita kena berlaku adil.

    BalasPadam
  2. Kawan setuju dengan ulasan ISAC, semuanya kena adil termasuk menasihati golongan wanita yang pakai baju kain 2 inci je....

    Kawan bimbang juga dengan sikap dan perubahan Nik Aziz, nanti bila PAS dah betul jadi sekutu dengan DAP, kot lain pulak fatwanya, wanita boleh mandi telanjang di pantai cahaya bulan....

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas ulasan anda.Bersama kita berfikir dan berjuang kearah yang lebih membina.

    BalasPadam
  4. salam..ana nk bg pendapat. ana akui ilmu agama xtinggi pon. tapi komen encik YANG GAMBI agak xwajar. semenang kita tahu hukum bertelanjang sememangnya haram dalam islam (semua org tahu) jelas n terang dinyatakan dalam al-quran. tpi isu niqab kabur dan tidak jelas akan pemakaian. ramai ulamak berbeza pendapat. jadi xseharusnya menuduh Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa sebegitu.

    wpun ana sendiri xsetuju isu pengharaman niqab, tapi kata2 kita biarlah adil dan bernas.

    BalasPadam