Jumaat, 6 November 2009

KEJUJURAN DATIN SERI ROSMAH

'BERTOLONG BANTULAH KEBAIKAN DAN TAQWA, JANGAN TOLONG BUAT DOSA DAN PERMUSUHAN' Maksud AL-QURAN Ayat 2,Al Maedah...

Syukur kehadrat Ilahi bila Teman dengar berita kejujuran Isteri Perdana Menteri, Dati Seri Rosmah Mansor....

Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan

Maklumlah RM7 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, berupa hadiah dari Putera Al -Saud.
Dahlah beliau jujur memulangkan kotak berharga kepunyaan seorang raja, bahkan bila ditawarkan hadiah beliau HADIAHKAN kepada rakyat Malaysia pula.

Agihan hadiah tersebut disalurkan kepada persatuaan-persatuan amal, UKM dan Sekolah Permata Pintar. Persatuan-persatuan tersebut seharusnya mengucap rasa syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada DSR..

Selama ini kita dengar pelbagai fitnah dan cerita memburukkan isteri PM tapi kali ini kita sama-sama dengar dan lihat hadiah hasil kejujurannya. Bukan senang nak lihat orang tak gelap mata dengan ganjaran sebanyak itu. KALAU BELIAU KEBAS JE RM7 JUTA TU ORANG LAIN BUKAN BOLEH KATA APA ....

JELASLAH DATIN SERI BUKAN SEORANG YANG TAMAK HALOBA....

ALLAH MENGINGATKAN..' MEREKA YANG MENGHIMPUN EMAS DAN PERAK KEMUDIAN TIDAK BERBELANJA KEJALAN ALLAH, BERITAHU MEREKA KEGEMBIRAAN MASUK NERAKA' .. MAKSUD AL QURAN Ayat 34 Surah Al Taubah.

2 ulasan:

  1. Salam bro, tetapi puak-puak 'pakatan rompak' ini mudah sangat buruk sangka...... macam-macam pulak dia caci Datin Rosmah...... agaknya dia sudah yakin sangat jadi ahli syurga......dia tak tahu tukang jaga kunci pintu syurga dah masuk IJN.....

    BalasPadam
  2. Datin Seri Rosmah adalah wanita yang paling Jujur saya jumpa ketika ini.Mari kita terus memuji kejujurannya.

    BalasPadam