BUKU KECIL JASA DAPAT PERHATIAN....
1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA
propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa
kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam
pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan
propaganda songsang Ambiga dan Maria?
2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata
Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah
pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul
termasuklah BERSIH 3.0.
Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.
3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan
melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang
bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat
yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui
dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat
pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?
4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu
rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang
cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja.
Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k
sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk
bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini
5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu
orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang
benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar
itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan