PETRONAS PERJELAS ISU HARGA MINYAK
KUALA LUMPUR: PETRONAS tampil menjelaskan tanggapan salah sebilangan
rakyat, bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum lebih murah
seperti gasoline dan diesel, jika ia mengeluar dan menggunakan sendiri
minyak mentahnya.
Perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang
ditemui di perairan Malaysia, adalah bahan yang sangat mahal.
Oleh itu, dengan mengeksport Tapis blend dan mengimport minyak kurang
berkualiti untuk penggunaan domestik, Malaysia meraih manfaat lebih
besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya dan pada masa sama
memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.
PETRONAS dalam satu kenyataan malam tadi, mengulas mengenai
rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang menimbulkan
kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.
Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum,
terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status
negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.
Ini bertentangan dengan Arab Saudi dan negara Asia Barat yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga
AS$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding Brent blend pada harga
AS$115.38 pada hari sama.
PETRONAS berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di
Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu
memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.
Katanya, perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.
Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan
politik dan keselamatan di Asia Barat seperti Mesir dan Syria.
“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana disubsidikan kerajaan.”
“Subsidi besar adalah perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka
panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan
tidak cekap,” kata PETRONAS.
Sumber:Antara Pos
Komen aku.... Minyak merupakan bahan api kegunaan harian yg semakin berkurang dan pasti naik harganya.Kalau boleh kerajaan pasti tak naikkan harga kerana ia keputusan yg tidak popular...Aku lebih berharap kerajaan lebih menjana ekonomi kearah lebih baik agar rakyat mempunyai pendapatan yg mampu mengatasi kos sara hidup yg semakin meningkat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan