Sabtu, 25 Disember 2010

IMPIAN HAMPA bakal PM?

Angan-angan Anwar seperti debu di atas pasir

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Angan-angan dan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai batasan itu diibaratkan sebagai debu di atas pasir.
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, mengikut rekod, apa yang dilakukan Anwar selama ini semata-mata untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.
“Saya katakan impiannya itu seperti debu di atas pasir berdasarkan rekodnya sebelum ini dan juga sikapnya yang tidak seperti pemimpin Malaysia yang lain.
“Anwar tidak peduli apa yang akan terjadi kepada bangsa dan negaranya dan berbuat apa sahaja asalkan impiannya menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

komen UG... Itulah Anwar yang sebenarnya.Memang beliau terus 'berjuang' menegakkan benang basahnya,biarpun satu persatu pembohongannya telah terbongkar.Biarpun juga pemimpin kanan  PKR keluar-masuk silih berganti.Namun cita-cita  menjadi PM tetap 'MEMBARA' biarpun sokongan dan kepercayaan pengikutnya semakin malap dan hampir padam...


Hanya PAS yang buat-buat tak faham dengan retoriknya...dan DAP punya agenda untuk memperkudakannya...



Jumaat, 24 Disember 2010

Kuala Lumpur sifar golongan miskin tegar?

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengisytiharkan bahawa kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur tidak lagi mempunyai golongan miskin tegar.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bilangan penduduk miskin dan mudah miskin pula telah dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Mulai tahun hadapan, kita akan tingkatkan (bantuan) golongan yang disasarkan ini. Kita ada program-program seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan baru-baru ini Skim Prihatin untuk kematian dan lain-lain.
"Di bawah elemen kesejahteraan bandar, kita fokus kepada golongan miskin iaitu bantuan latihan kemahiran perniagaan kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kongres Sedunia Pertama Pengurusan Aset Infrastruktur di sini semalam.

Februari lepas, beliau mengumumkan sasaran kementerian untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini...sumber kosmo.


KOMEN UG...Kita berharap kenyataan ini sahih...apa yang disasarkan kerajaan telah tercapai matlamatnya,cuma jika masih ada yang tertinggal perlulah melapor diri kepada pihak yang bertanggungjawab.Maklumlah, kita tidak mahu nanti ada pihak lain yang akan menemui mereka-mereka yang tidak mendapat perhatian kerajaan...lalu menjadikannya isu demi kepentingan tertentu...
 

Khamis, 23 Disember 2010

Drs. Saiful BENGANG dengan PENDEDAHAN Papa Gomo...!

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," 
DEMIKIAN kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

BELIAU tampil menjawab tuduhan itu dan cabaran dari Pemuda UMNO Kelantan...

KOTA BHARU, 21 Dis – Apa respon Pas? Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya pendedahan oleh Ustaz Saidi Hussin yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas), saksi utama dalam kes tersebut, kini menjadi berita hangat di blog, facebook dan youtube.

KINI kita tunggu respon PAPA GOMO dan USTAZ Saidi yang katanya punyai bukti cukup dalam kes itu....

Rabu, 22 Disember 2010

Guan Eng takut Hantu Kubur?

GUAN ENG terus pinggirkan melayu dan Islam........

Kali in Forum Penyelarasan Umat (FORUM) membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pengecut kerana enggan bertemu mereka berhubung isu tanah kubur.

FORUM diwakili oleh beberapa NGO Islam di Pulau Pinang antaranya Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Islamic Propogation Society International (IPSI), Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan), Persatuan Sukan India Muslim dan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Timbalan Pengerusi FORUM Mohd. Hafiz Nordin berkata.."FORUM juga kesal dengan tuduhan liar Guan Eng yang mendakwa kami ada kepentingan dalam menyelesaikan isu Lot 21 dan 22 di Jelutong yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.
"Kami bertindak atas dasar untuk mempertahankan umat Islam dan orang Melayu yang semakin tertindas dengan tindakan beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya lagi, biarpun beberapa pertemuan dirancang, Setiausaha Agung DAP itu bagaikan tidak mahu melayan kehendak mereka.

Malah menurutnya, FORUM sendiri pernah beberapa kali menghantar surat untuk berjumpa Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu yang membelenggu orang Melayu dan umat Islam di negeri itu tetapi tiada sebarang maklum balas positif.

JELAS sekali isu yg melibatkan melayu dan Islam tidak diminati oleh Guan Eng . Inilah kesannya bila DAP memerintah.Semua isu yang melibatkan kepentingan melayu mula dipinggirkan...ternyata konsep Malaysian Malaysia sedang diresapkan secara beransur-ansur.....



Selasa, 21 Disember 2010

DUN Tenang - Ujian bagi MCA.

Pengundi Cina berjumlah 38.13 peratus bakal menentukan apakah BN akan terus menguasai DUN Tenang,Johor


Pemergian Dato' Sulaiman Taha setelah dipilih menjadi calon BN bagi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2004  memenanginya dengan majoriti 5,517 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran.  


Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu, DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).

Pengaruh Soi Lek di Parlimen Labis amat penting jika BN ingin terus mengekalkan kemenangan di DUN Tenang yang kini diambil alih oleh anaknya Chua Tee Yong.

Berdasarkan senario politik semasa negara tahap sokongan pengundi cina masih begitu rendah.Apakah pengundi Cina di DUN Tenang tidak terperangkap dengan senario politik negara dan kekal menyokong MCA,Chua Soi Lek dan BN?

 JANGKAAN awal menunjukkan pengundi Cina di DUN Tenang majoritinya penyokong setia BN......

Jumaat, 17 Disember 2010

Muadzam Shah ....gelaran BANDAR MELAYU kian terhakis.

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 

Ianya diambil-alih oleh Syarikat Teras Dara Konsortium(TDK) dan pentadbiran daerah diletakkan dibawah Majlis Daerah Rompin(MDR). Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Bapa Pembangunan, Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan.Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk bumiputera dan dan hampir 100% penduduknya adalah bumiputera.Tun Abd.Razak pernah mengilhamkan UiTM  dibina di bandar ini kerana ianya 'BANDAR MELAYU'Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah.Pun begitu Muadzam Shah masih boleh diberi status bandar pendidikan bila UNITEN,MRSM,Politeknik dan beberapa sekolah bertaraf asrama penuh berjaya didirikan di sana. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasi oleh kaum Cina.

Pembinaan kira-kira 200 unit rumah kedai dibawah pemaju Koridor Baru Sdn Bhd,LKPP Property Sdn. Bhd.dan beberapa syarikat  bumiputera lain bersama MDR(Majlis Daerah Rompin) tampak begitu membanggakan dan bakal merubah lanskap kemajuan BANDAR MELAYU ini...tapi malangnya sebahagian besar pembeli bangunan kedai 2,3 dan 4 tingkat ini adalah bukan bumiputera.Bila diajukan soalan kepada peniaga bumiputera mereka dengan jelas menyatakan terlalu sedikit bumiputera yang mampu membeli bangunan yang berharga RM359,000+ ++ keatas ini.Bahkan untuk menyewa pun mereka tidak mampu dengan kadar RM2000 keatas.

Peniaga bumiputera kebanyakkannya bergantung harapan kepada kedai dan gerai yang dibina oleh Majlis Daerah Rompin untuk berniaga kerana kadar sewanya yang mampu dibayar.Khabarnya Pekan Sehari Bandar Muadzam Shah antara yang terbesar di Malaysia..Disitulah sebilangan besar peniaga bumiputera berkampung.
Mungkin harapan Allahyarham Tun Razak ingin melihat BANDAR MELAYU terhasil dari segi penduduknya namun kuasa perniagaan telah semakin diterobos oleh oleh kaum Cina...


ADA suara-suara menyatakan 'kalau kaum cina tidak masuk maka tak majulah bandar MUADZAM SHAH'.

Selasa, 14 Disember 2010

Bila Dah Sakit baru nak BERSENAM.

Sikap rakyat Malaysia yang kurang bersenam dengan alasan tidak ada masa dan malas, mungkin akan mewujudkan generasi tidak berpeluh di negara ini suatu hari nanti.

Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Muhd. Kamil Ibrahim berkata, kewujudan teknologi canggih seperti komputer dan permainan video membantu melahirkan generasi kurang bersenam ini.

``Anak-anak muda sekarang lebih berminat dengan permainan video daripada keluar bersenam.

``Jika dahulu kita main bola sepak di padang, tetapi anak muda sekarang main bola melalui permainan video,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap rakyat Malaysia yang kurang bersenam dan langkah drastik Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat.

Menurut Muhd Kamil, ibu bapa turut menjadi penyebab jika anak-anak mereka tidak mahu bersenam.

``Kebelakangan ini seolah-olah satu budaya di negara kita ibu bapa memanjakan anak dengan permainan video.

``Ibu bapa beri alasan tidak sempat bersenam kerana bekerja, anak-anak pula asyik terperap dengan permainan video, jadi tidak hairanlah jika ramai rakyat kita yang tidak sihat,'' katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Aziz Al-Safi Ismail berkata, masyarakat biasanya hanya bersenam selepas ditimpa malapetaka (sakit).

``Bila dapat tahu kita menghidap apa-apa penyakit kronik, kita biasanya akan ikut apa sahaja yang disarankan oleh doktor.

``Masa ini barulah kita menganggap bahawa bersenam itu satu keperluan,'' ujarnya.

Beliau berkata, selain pakar kesihatan, pakar pemakanan juga perlu kreatif mengenai cara pemakanan yang seimbang.

``Kita tahu masyarakat kita kurang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.

``Sudahlah jarang bersenam, mereka juga suka makan makanan yang berlemak dan mempunyai kandungan gula yang tinggi,'' ujarnya.

Justeru katanya, pakar-pakar pemakanan perlu berusaha mencari idea kreatif untuk mencipta menu makanan yang seimbang.

Selain itu katanya, senaman perlu dijadikan aktiviti tetap bagi setiap keluarga.

``Pastikan setiap kali keluar bersenam, kita bawa sekali ahli keluarga.
``Tetapkan dalam jadual untuk melakukan riadah setiap minggu,'' katanya.

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Prof. Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail berkata, sikap kurang bersenam di kalangan masyarakat negara ini adalah satu yang membimbangkan.
``Isu malas bersenam sepatutnya tidak timbul kerana setiap orang bukannya bekerja 24 jam sehari.

``Kita boleh buat senaman ringkas di rumah 30 minit sehari sebelum atau selepas balik bekerja,'' katanya.

Menurut Nik Mohd Nasri, setiap individu perlu mengetahui tanggungjawab sendiri menjaga kesihatan.

OLEH itu mari kita mula bersenam.....