Jumaat, 17 Disember 2010

Muadzam Shah ....gelaran BANDAR MELAYU kian terhakis.

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah ditutup setelah lebih 25 tahun mentadbir Bandar Muadzam Shah. 

Ianya diambil-alih oleh Syarikat Teras Dara Konsortium(TDK) dan pentadbiran daerah diletakkan dibawah Majlis Daerah Rompin(MDR). Penutupan DARA telah menutup ruang dan cita-cita Bapa Pembangunan, Tun Abdul Razak untuk menjadikan Bandar Muadzam Shah sebagai sebuah bandar pendidikan.Bandar Muadzam Shah diwujudkan untuk bumiputera dan dan hampir 100% penduduknya adalah bumiputera.Tun Abd.Razak pernah mengilhamkan UiTM  dibina di bandar ini kerana ianya 'BANDAR MELAYU'Semasa hayat DARA sebagai badan yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Muadzam Shah.Pun begitu Muadzam Shah masih boleh diberi status bandar pendidikan bila UNITEN,MRSM,Politeknik dan beberapa sekolah bertaraf asrama penuh berjaya didirikan di sana. Tetapi kini kemajuan tanah dan banyak syarikat di Bandar Muadzam Shah telah didominasi oleh kaum Cina.

Pembinaan kira-kira 200 unit rumah kedai dibawah pemaju Koridor Baru Sdn Bhd,LKPP Property Sdn. Bhd.dan beberapa syarikat  bumiputera lain bersama MDR(Majlis Daerah Rompin) tampak begitu membanggakan dan bakal merubah lanskap kemajuan BANDAR MELAYU ini...tapi malangnya sebahagian besar pembeli bangunan kedai 2,3 dan 4 tingkat ini adalah bukan bumiputera.Bila diajukan soalan kepada peniaga bumiputera mereka dengan jelas menyatakan terlalu sedikit bumiputera yang mampu membeli bangunan yang berharga RM359,000+ ++ keatas ini.Bahkan untuk menyewa pun mereka tidak mampu dengan kadar RM2000 keatas.

Peniaga bumiputera kebanyakkannya bergantung harapan kepada kedai dan gerai yang dibina oleh Majlis Daerah Rompin untuk berniaga kerana kadar sewanya yang mampu dibayar.Khabarnya Pekan Sehari Bandar Muadzam Shah antara yang terbesar di Malaysia..Disitulah sebilangan besar peniaga bumiputera berkampung.
Mungkin harapan Allahyarham Tun Razak ingin melihat BANDAR MELAYU terhasil dari segi penduduknya namun kuasa perniagaan telah semakin diterobos oleh oleh kaum Cina...


ADA suara-suara menyatakan 'kalau kaum cina tidak masuk maka tak majulah bandar MUADZAM SHAH'.

2 ulasan:

  1. Memang kalau cina tak masuk bandar tak maju. Jangan nak nafikan. Bukan apa, sebab cina ada kemahiran, ada modal, rajin. Tengok, kat Muazam tu ada berapa jenis bank je?

    BalasPadam
  2. SALAM,
    aku kurg setuju dgn pendpt sophon 2,,,kenapa mesti banggakan bangsa lain drpd kita banggakan bangsa kita sendiri???ap yg korang tahu mengenai pengurusan tanah??? kita bangsa melayu blh maju kalo kita bangsa melayu sndiri pupuk diri kita dan bangsa melayu yg lain utk kenal sejarah tanah melayu lebih2 lg di muadzam yg sdg dibincangkan,,, bila sudah didedahkan dgn sejarah,kita bincang bagaimana utk memajukan muadzam oleh org melayu sndiri,,tdk perlu pggl bangsa lain,sbb sejarah mengatakan muadzam shah adlah 100% hak org melayu,,,kita nak takut apa, kerajaan kita dipegang oleh bangsa melayu sendiri,dan kita ada raja dan agong, jd mereka lebih faham dan lebih mengalu-alukan sekiranya ada anak bangsa melayu yang ingin memajukan,, yang penting,bangsa melayu kena ubah cara hdup spya jgn terlalu bangga dgn apa yang ada dan jgn terlalu tamak dgn kuasa dan harta,,, aku tdk kata apa yang aku katakan semua ini bgs,tapi kita blh berbincang sesama kita,,,tanpa pergaduhan,,, maaf kepada semua ya,,, lagi satu,aku cdgkan spya ramaikan lagi ank melayu spya ambil jurusan property management,,sbb kita dpt tahu bgaimana utk memajukan tanah org melayu,,,itu juga satu cara utk kita lebih faham mengenai pengurusan dan pemajuan tanah,, sekian,, :)

    BalasPadam