Khamis, 9 Disember 2010

Misteri Kek Hitam untuk Guan Eng.

"Kita  bukan pro Barisan Nasional (BN), dulu BN pun teruk juga tapi tidaklah seteruk dan sekejam sekarang,"

"Sejak pakatan pembangkang memerintah kita semua sukar hendak hidup dengan aman, ada saja masalah.

"Kami mahu menuntut pelbagai janji yang diberi Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang sebelum menang pilihan raya umum dulu, dia kena ingat rakyat yang undi dia sehingga jadi Ketua Menteri, rakyat juga boleh buat sebaliknya.

DEMIKIAN kata-kata Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman yang mengetuai kumpulan  menghadiahkan kek-kek hitam berbentuk  'LOVE' sempena harijadi Guan Eng.Bukan kerana benci tetapi 'sayang' kepada MB dan Setiausaha Agung DAP itu dan berharap hatinya kembali bersih sambil beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Guan Eng.

Kumpulan itu seramai 40 orang mewakili Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (Pajim), penduduk Kampung Genting, Kampung Pokok Asam, Kampung Buah Pala dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) menghantar dua kek berbentuk hati dan satu bulat.

Ketiga-tiga kek yang ditempah khas itu diterima pegawai khas kepada Guan Eng, Amran Ahmad di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Di atas ketiga-tiga kek yang berwarna coklat hitam itu tertera perkataan-perkataan 'Selamatkan Kampung Genting', 'Daripada Anak Jati Pulau Pinang' dan 'Selamatkan Lot 21 dan 22' yang dipercayai merujuk kepada tanah untuk dijadikan perkuburan Islam di Jelutong.

NAMPAKnya puaslah makan KEK HITAM... si Guan Eng dan kuncu-kuncunya....macamanalah rasanya?

KALAU sedap maknanya tak seiring rupa.....TAPI aku rasa bagaimana marah pun rakyat P.Pinang takkan tergamak bubuh racun dalam kek hitam tu......!

1 ulasan:

  1. Banyak yang mendakwa UMNO-BN bersikap kejam pada rakyat..... tapi aku tenguk rakyat semakin hari semakin selesa, yang susah dibantu, yang sakit dibantu, yang cacat juga dibantu... di mana kezaliman kerajaan UMNO-BN seperti yang selalu diwar-warkan pembangkang.... jenis hamPAS...

    BalasPadam