Isnin, 6 Disember 2010

Siri Kejayaan Peneroka...RAMLI DAUD Sasterawan Felda.

Sasterawan Peneroka...Ramli Daud buktikan keupayaan. 

Selain mengerjakan kebun di Felda biasanya peneroka yang berjaya membuat pelbagai aktiviti sampingan tetapi seorang peneroka Sungai Klah, Trolak Ramli Mohd Daud, 74 berjaya sebagai seorang wartawan dan penulis sastera.


Beliau yang telah menghasilkan 20 buah buku,pernah memenangi pelbagai anugerah bagi kategori cerpen seperti Hadiah Sastera Malaysia 1982 dan 1983,Hadiah Sastera Perak 1985 dan Hadiah Sastera Utusan Melayu 1995.

Hasil tulisan menarik terhadap cerpen pada 11 oktober 2009, Jabatan Kesusteraan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menganjurkan Seminar Pemikiran Ramli Mohd. Daud sebagai Sasterawan Felda.

Pada usia emas beliau telah dijadikan bahan kajian pelajar UPSI yang mencatatkan perjalanannya sebagai sasteran dan kehidupan sebagai seorang peneroka Felda.

Antologi cerpennya bertajuk Melarik Waktu dan Pelanggaran Mimpi berfokus kepada pengalaman dan pemerhatian beliau mengenai kehidupan masyarakat peneroka dari awal pembukaan tanah rancangan hingga kini.


Wajarlah rasanya bagi peneroka meneliti dan menghayati karya Ramli Daud SASTERAWAN PENEROKA....

Aku petik sebuah pantun beliau tentang 1Malaysia....
Burung ketitir burung jelatik,
Di dalam taman bersuka-ria;
Kita ukir budaya cantik,
Hidup aman Satu Malaysia

FELDA BEGITU UNIK kerana penerokanya juga berbakat.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan