Selasa, 7 Disember 2010

Kalender Islam tiada dalam ingatan....!

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah telah dijadikan asas kepada penetapan permulaan sambutan Maal Hijrah, kalendar Islam ataupun takwim Hijrah.

APABILA dilontarkan soalan mengenai urutan nama-nama bulan Islam kepada 10 anak muda kini, tidak mustahil sembilan daripada mereka terdiam atau tergagap-gagap menyebut satu demi satu bulan Islam.
Sementara yang seorang lagi pun, mungkin berjaya menamakan bulan-bulan Islam selepas menyanyi perlahan sebuah lagu bertajuk Bulan-bulan Islam nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang pernah dihafalnya ketika di bangku sekolah.
Bagi kebanyakan anak muda, mereka sekadar tahu nama bulan-bulan tertentu yang melibatkan perayaan seperti bulan Ramadan, Syawal, Muharam dan Zulhijjah.
Senario sebegitu adalah gambaran umum mengenai betapa jauhnya takwim Islam di hati anak-anak muda kini berbanding takwim Masihi yang kita gunakan setiap hari.
Jika ada antara kita yang menghafal bulan-bulan Islam sekali pun, mungkin ada segelintirnya yang tidak tahu mengenai sejarah takwim Islam itu sendiri.sumber kosmo.

Begitulah senario masakini apabila keutamaan telah ditumpukan kepada kalender Masihi.Di sekolah agama rakyat pun kebanyakkannya tidak ditekankan kalender hijrah kepada murid-murid .....maka ianya tidak berada dalam ingatan mereka.Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa kita menyambut tahun baru hijrah dan terlupa hadir kesurau ataupun masjid untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun.


Sesuatu harus dilakukan dalam sistem pendidikan terutamanya bidang agama supaya gunapakai dan ingatan terhadap kalender hijrah terpahat difikiran generasi mendatang....

1 ulasan: