Isnin, 12 Julai 2010

AIR MATA DERITA DI BUMI BOSNIA

SETELAH 15 TAHUN IBU ITU MENANGIS KEMBALI BILA .........MANGSA-MANGSA
PERANG PALING TRAGIS DI ABAD INI DIKEBUMIKAN SEMULA...........

SREBRENICA, Bosnia-Herzegovina - Puluhan ribu penduduk di sini semalam menghadiri pengebumian ratusan mangsa pembunuhan beramai-ramai pada ulang tahun ke-15 jenayah paling kejam di Eropah sejak era tentera Nazi.

Satu kawasan tepi bukit digali bagi menempatkan 775 mayat yang merupakan pengebumian paling besar di bandar Srebrenica setakat ini.

Mayat itu ditemui dalam satu kawasan perkuburan besar dan dikebumikan semula semalam.

Namun jumlah itu merupakan satu persepuluh daripada lelaki termasuk budak yang dibunuh apabila anggota-anggota penentang Serbia menawan bandar ini pada Julai 1995.


SESUNGGUHNYA LIMPAHAN AIRMATA tak dapat digambarkan bagaimana derita yang melanda mereka yang mengalaminya. Hanya amal dan taqwa dapat membendung sebak bila kita redha atas segala ketentuanNya.

SESUNGGUHNYA TANGISAN YANG SANGAT DIPUJI dan dituntut kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau kerana takut akan azab ALLAH SWT.

SESUNGGUHNYA ADA TANGISAN YANG DAPAT memadamkan api neraka....Hadis Rasulullah ' Tidaklah mata sesaorang menitiskan airmata kecuali Allah mengharamkan tubuhnya dari api neraka.......' adalah kerana keiklasannya.

Kalau ibu itu menangisi pengkebumian anaknya kali kedua setelah 15 tahun berlalu......
Nabi Adam a.s pernah mengalirkan airmata taubat selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit
kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang dilakukan..

Dalam hikayat Puteri Gunung Ledang anak-anak dara Melaka terpaksa memerah 7 tempayan airmata untuk memenuhi hajat Sultan Mahmud meminang puteri lagenda itu....

Hanya yang punya tangisan lebih mengetahui mereka menitiskan airmata kerana apa..!
Lumrahnya menangis kerana derita.....namun ada juga tangisan gembira.


' FIRMAN ALLAH SWT " Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa
dan menangis" (Surah An Najm ayat 43)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan