Sabtu, 24 Julai 2010

KSSB.....KOREK SELANGOR SAMPAI BERLUBANG?

ERA BARU INDUSTRI PASIR SELANGOR

Sand  Loading

Industri pengekstrakan pasir mampu memberikan pulangan yang agak besar kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menyedari potensi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. Adalah menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan MES.

KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Lokasi ini akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.

KSSB akan melancarkan operasi seperti ini di seluruh Selangor dalam masa terdekat.

DR. KHIR TOYO merupakan Ketua pembangkang dalam DUN Selangor menjuarai isu ini

diikuti oleh Datuk Noh Omar dan lain2nya...

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif berkata, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’antara Khir dan Noh

Namun DR.KHIR berkata......

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

“Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

RUPA-RUPANYA wujudnya KSSB telah menutup periuk nasi pengusaha2 pasir Melayu Selangor

yang bergantung hidup selama ini dalam industri itu........

SHAH ALAM 23 Julai - Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta bantuan baginda menyelesaikan kemelut isu pasir dan masalah yang dihadapi pengusaha pasir Melayu di Selangor.

Pengerusi JBPPPMS, Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Tengku Besar Putera Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk disampaikan kepada Sultan Selangor.

"Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada Tuanku termasuklah isu mengenai bayaran royalti tinggi yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada pengusaha pasir kerana jumlah royalti yang dibayar pada masa sekarang adalah sebanyak RM6 berbanding RM3 pada sebelumnya.

MAKA menjadi tangungjawab kepimpinan pembangkang Selangor untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang telah berlaku......

Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus.

Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor.

KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah,

DEMI MASADEPAN RAKYAT SELANGOR ..............RENUNGILAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan