Rabu, 21 Julai 2010

PERLU SEKATAN KEPADA LAMAN WEB LUCAH



TUN MAHATHIR BERSUARA BAHAWA PERLU DIKAWAL BAHAN PORNOGRAPI DI INTERNET......Bukan Tun saja malah telah disuarakan oleh begitu ramai golongan masyarakat
malah ianya telah disuarakan sejak dunia siber bermula bukan saja di Malaysia malah diserata
dunia....

Kebimbangan ini perlu kita tangani bersama....


Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.Ini tidak termasuk dalam setiap talipon bimbit yang mereka miliki....

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber. Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara

JAKARTA: Menteri Komunikasi Indonesia, Tifatul Sembiring berikrar, semalam untuk menggariskan akta khas selewat-lewatnya akhir tahun ini bagi mengelak golongan muda terjebak dengan gejala bahan lucah di Internet.

Skandal video lucah membabitkan tiga selebriti terkenal negara itu baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan pemerintah untuk mengambil tindakan dalam menangani isu bahan lucah di Internet


Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa( Malaysia ) Dr Rubiah Hamzah berkata
senario aktiviti seks bebas, kes anak luar nikah begitu kritikal sekarang ......Bagaimana pula
kes buang bayi yang begitu mengejutkan sekarang?

Ya Allah.... Selamatkan Agama dan Bangsaku................................





,

1 ulasan:

  1. lembab sungguh, la ni baru nak sekat. kenapa tak sekat awal-awal lagi. dah beratus ribu anak haram baru terhegeh-hegeh cakap nak sekat.

    BalasPadam