Khamis, 8 Julai 2010

Tamat..Tak Di Perbaharui dan Strategi Menyerang

7 JULAI permit Harakah tamat dan tak diperbaharui.....



'kita cetak macam biasa' kata ketua pengarangnya Taufek Yahya. 'surat KDN tak halang kita cetak' PELIK....PELIK tak faham ke kalau dah permit tamat dan tak diperbaharui makna tak boleh beroperasilah Sahabat HARAKAH...SUARA KEADILAN turut dicetak malam ni...untuk edaran minggu depan.TIAN CHUA kata' tiada hitam putih dari KDN dan nak cabar kuasa KDN di mahkamah...walaupun permitnya dah tak sah mulai 1 Julai.



PAS tuduh PM sekat Media pembangkang.....KDN bakal mengambil tindakan jika Suara Keadilan terus Diterbitkan termasuk menyita bangunan dan menutup operasi kilang pencetaknya.

Usul tergempar di parlimen hari ini untuk membahaskan tindakan KDN kerana tak benarkan penerbitan akhbar suara keAdilan.......



Sebenarnya inilah strategi serangbalas pembangkang setelah pelbagai isu yang diketengahkan melalui Media mereka pecah bagai tembelang. Isu mutakhir FELDA BANKRAP bakal menjerut leher mereka.



Senjata dah mula makan tuan bila YB Zulkifli Nordin (PKR terjun ke BEBAS) mengakui strategi pembangkang bila menjawab pertanyaan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN Kota Belud)...Tindakan Pembangkang menyerang institusi Kehakiman, Polis , Istana , SPR dan sekarang FELDA dan lepas ni FELCRA pula merupakan strategi yang dirangka untuk memanipulasikan kerajaan dan meruntuhkan kepercayaan rakyat,



'Saya sedar memang itu yang disuruh tetapi akhirnya kita sedar yang ianya tidak betul dan perlu diperbetulkan sebab yg akan jawab dihadapan ALLAH nanti bukannya Permatang Pauh tapi SAYA!....kata YB Zulkifli..



Sekarang tentera asuhan dah menyerang balas komandernya dan sang komander bakal cari helah baru nampaknya. Khabarnya semasa YB Zulkifli mengupas pertanyaan YB Kota belud tu ramai YB Pembangkang yang tiada di dewan dan ramai juga yang dah angkat kaki sebab panas juga telinga mendengarnya.....SIAPA MAKAN CILI.....PAHAM-PAHAM JE LA,NAK SAMBUNG PON MASING-MASING DAH TUA.......



Nampaknya media pembangkang kene sedarlah kenapa KDN tak perbaharui permit mereka.Ikutlah peraturan dalam penerbitan bukan main dengan tuduhan melulu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan