Isnin, 26 Julai 2010

BILA CACING MULA KEPANASAN....


SETELAH DIASAK DENGAN ISU PASIR DAN AIR, MB Selangor cuba buat sesuatu untuk
menyelamatkan diri dan kroni-kroninya......

SHAH ALAM 26 Julai – Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM15 juta dalam bajet 2011 untuk menyebar maklumat dengan lebih tepat kepada rakyat mengenai pelbagai bantuan yang diberikan oleh negeri ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

LAPORAN MALAYSIAKINI MENYEBUT.......

Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang. Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya. Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan. Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak. Dalam satu majlis dialog hari ini, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan tersebut bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta rakyat Selangor. Dana itu, kata Khalid, akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini dan juga akhbarnya.

KALAU MB Selangor berada ditapak yang betul apa perlunya guna wang rakyat untuk menegakkan benang basahnya.
DULU masa BN perintah Selangor semuanya tak betul,, sekarang tengoklah 'ORANG CERDIK
PERINTAH SELANGOR sampai mukabumi berlubang-lubang.....DEMI menjaga kroninya si
KSSB...
BETULLAH kata Abd. Shukor Kerajaan Selangor dah seperti CACING KEPANASAN...Kalau dah
panas sangat nanti boleh ' GARING' tau.....



Mari kongsi cerita Malaikat Jibril menemui seekor cacing.....


Jibril bertanya kepada seekor cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing.”

Si cacing menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikan ku sebagai seorang manusia.”

“Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.”

Cacing begitu takut diseksa kepanasan... Apatah lagi manusia yang macam cacing kepanasan...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan