Sabtu, 17 Julai 2010

PERANGI RASUAH..........


SPRM hari ini mengesa masyarakat tampil memberi maklumat untuk memerangi RASUAH.
........BUKAN MEMERANGI SPRM....


Laporan terkini SPRM menyatakan......
SPRM membuka sejumlah 939 kertas siasatan tahun lepas daripada 5,936 laporan maklumat yang diterima. Mengenai kertas siasatan, 633 atau 67.4 peratus telah diselesaikan, kebanyakannya dalam tempoh enam bulan siasatan. Abu Kassim berkata pada tahun lepas, 500 orang ditangkap kerana amalan rasuah dan 176 didakwa di mahkamah. Beliau mendedahkan bahawa kadar sabitan di mahkamah rendah adalah 64.4 peratus. Kadar sabitan bagi kes-kes rayuan di Mahkamah Tinggi adalah 65.8 peratus manakala di Mahkamah Rayuan adalah 86.2 peratus kes.

Laporan itu juga menyebut sebanyak 23 kes pendakwaan terhadap ahli politik dan 15 kes
terhadap parti, sementara orang awam yang memberi kepada penjawat awam 108 kes, pegawai kanan awam 31 dan exsekutif swasta 65. Katanya juga SPRM bertindak tanpa rasa takut dan
memihak...

KOMEN..... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah diluluskan di zaman PM Pak Lah bertujuan memperbaiki stuktur keseluruhan badan itu supaya menjadi lebih berwibawa
dan adil.. namun banyak pihak masih tidak menerima dan menentang SPRM bila kes tidak memihak kepada mereka.

SPRM telah dianggotai oleh yang terpilih... Orang awam juga diminta tampil membantu, diwujudkan juga Akta Perlindungan saksi dan Mahkamah khas hanya untuk membicarakan kes rasuah....

Mengikut laporan itu orang awam paling banyak cuba menyogok penjawat awam. Dato Seri
Najib pernah menyarankan supaya kuasa pegawai atasan dalam membuat keputusan dan budi
bicara dihadkan bagi mengelak amalan rasuah.

Hadis Rasulullah...' Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah
serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya'

Apa yang berlaku Pembangkang tidak membantu SPRM memerangi rasuah tetapi Kerajaan BN
DIPERSALAHKAN dan dilebel Kerajaan Rasuah...Apakah jika PR memerintah gejala rasuah akan berkubur. Macamana dengan 5 negeri yang diperintah Pembangkang sekarang?.........

1 ulasan:

  1. Curi pasir bukan "rasuah"..... Itu amik aje...SPRM X leh tangkap...

    BalasPadam