Jumaat, 9 Julai 2010

BERSIH DAH BERTAUBAT?



Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH) berikrar

- Tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamat
- Menjadi sepenuhnya gerakan awam manakala parti politik tidak lagi diterima menyertainya.

Baguslah kalau begitu....gabungan itu bakal benar-benar bersih dan tidak menjadi alat mana-mana pihak berkepentingan, lebih-lebih lagi parti politik. Berpendirian dan fokus dengan asas
perjuangan...barulah matlamat murni bakal dicapai.

Menurut pengerusinya Datuk Amiga Sreenavasan pihaknya bersedia berdialog dengan semua pihak terutamanya SPR ketika mengemukakan memorandum 15 cadangannya, antaranya
mendesak SPR mengambil langkah mendaftar 4 juta pengundi baru yang katanya mempunyai halangan mendaftar.
Beliau juga mengistiharkan BERSIH sebagai murni apolitis.

Tahniah kalau begitu kerana jika kita menjenguk kembali peristiwa hampir 3 tahun lalu (10 Nov 2007) BERSIH telah dijadikan alat pembangkang melepaskan geram terhadap kerajaan.
Menjejaskan ekonomi dan mencetuskan huru-hara dalam negara sehingga melibatkan istana,polis dan para peniaga yang sedang mencari rezeki serta melibatkan orang-ramai dan kerosakan awam.

10 ribu penunjuk perasaan berdemo melibatkan semua parti pembangkang....HJ HADI/NASHARUDIN PAS, LIM KIT SIANG/LIM GUAN ENG DAP, ANUAR IBRAHIM PKR bersama porakperandakan ibukota hinggalah keistana...

Mudah-mudahan dengan 'keinsafan' yang bakal ditunjukkan oleh BERSIH kali ini bakal membersihkan kembali kotoran yang dicatatkan itu.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan